Bila anak mencapai umur 1 hingga 3 tahun, mereka sudah hmula berjalan kan? Bila sudah berjalan ni, macam-macam perkara yang akan mereka terokai. Boleh kata semua bendalah nak buat, dari panjat tangga, panjat kerusi dan macam-macam lagi. Tetapi, kasihan juga kepada anak-anak yang berada dalam linkungan umur ini kerana selalu menghabiskan masa dengan permainan biasa atau gajet sahaja. Tiada ilmu yang diperolehi dan tiada ‘skill’ yang boleh digilap.
Oleh itu, dengan perkongsian menarik cara didik anak cara Montenssori dari Puan Rasyidah Salleh ini, baru ibu-ibu di luar sana akan dapat banyak idea untuk mempelbagaikan aktiviti si manja setiap hari kan? Nak tahu apakah antara aktivitinya? Jom sama-sama lepas ni kita cuba di rumah ya!
1. CUT THE FRUITS
www.facebook.com/rasyidah.salleh.7
Tak sabar nak tunggu anak teruna ibu tolong kat dapur. Gaya pegang pisau ‘A’ dah tu. Kekuatan : Membantu bayi untuk fokus dalam membuat sesuatu perkara, bantu motor skill (pegang pisau).
Tak sabar nak tunggu anak teruna ibu tolong kat dapur. Gaya pegang pisau ‘A’ dah tu. Kekuatan : Membantu bayi untuk fokus dalam membuat sesuatu perkara, bantu motor skill (pegang pisau).
2. GOAL
Bola-bola dari berlainan jenis. Ada yang keras, ada yang lembik, ada yang ringan, ada yang bantalJ. Kekuatan : Memberi bayi pendedahan tentang kepelbagaian berat bola, bantu bayi fokus.
3. RIGHT HOLE
www.facebook.com/rasyidah.salleh.7
Bayi harus memasukkan batang aiskrim & pompom di lubang yang betul. Kekuatan : Mendedahkan tentang kepelbagaian bentuk sesebuah barang, membantu bayi fokus.
4. RING TOWER
Kekuatan : Membantu koordinasi mata & tangan bayi
5. BRUSH YOUR TEETH
Kekuatan : Mengenalkan bayi kepada berus gigi & kepentingan memberus gigi
6. POMPOM DROP
Skill memegang biji ‘pompom’ dan masukkan dalam ‘terowong’. Kekuatan : Mengenalkan kuasa graviti
7. SCOOP & TRANSFER
Ni paling lama dia main! Sejenis yang gigih. Kekuatan : Membantu bayi fokus, koordinasi mata & tangan
8. KINETIC SAND
Kekuatan : Untuk sensory & social skill. Nak buat sendiri pun boleh:
Homemade kinetic sand
Bahan:
Pasir bersih 1 cup
Tepung jagung 1 1/2 sendok makan
Sabun cuci piring 1 sendok teh
Air secukupnya
Pewarna makanan sesuai selera
Cara membuat:
Campur pasir dengan tepung jagung, aduk rata.
Tambahkan sabun cuci piring dan air secukupnya. Aduk hingga tercampur rata.
Tambahkan pewarna makanan, lalu aduk lagi hingga campur rata dan mendapatkan warna yang diinginkan.
Biarkan kering selama 1 sampai 2 jam
9. LET OUT THE CREATIVITY
Daripada dia conteng dinding, letak saja dia dalam kotak.
10. ALA-ALA FLUBBER
Bahan : Campur tepung jagung & air, kacau untuk dapatkan kepekatan yang sesuai. Tekstur dia sangat menarik!
11. ISLAMIC EDUCATION
Main-main jugak, ngaji jangan tinggal. Maliq juga didedahkan dengan flashcard Alif Ba Ta, tapi dimulakan dengan huruf yang senang (AA, MA, BA, DA, NA) kenapa semua baris atas? Lebih mudah. Teknik Al-Furqan.
Sumber: Rasyidah Salleh, SirapLimau
No comments:
Post a Comment