Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah : Membezakan Tinggi dan Rendah (Saiz) - Awal Matematik - Bonda

Thursday 19 July 2018

Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah : Membezakan Tinggi dan Rendah (Saiz) - Awal Matematik



Objektif Pembelajaran 

Murid-murid mampu membezakan antara tinggi dan rendah.

Bahan-Bahan yang diperlukan 

  • Blok 
  • Objek rendah 
  • Objek tinggi 
  • Kertas kerja 
  • Papan putih 
  • Markers 
  • Pembaris 


Pengenalan/ set induksi 

1. Murid-murid menyanyi lagu "Tall dan Short" dengan menggunakan nada  "Are You Sleeping". This is tall (Buka tangan secara menegak). This is short (turunkan tangan menjadi semakin rapat secara menegak). Hotel tinggi...kucing rendah.. tinggi rendah....
2. Guru perlu menyanyi dahulu sebelum kanak-kanak menyanyi selepas itu.

Langkah-Langkah 

1. Guru perlu memberi maksud atau makna tinggi dan rendah kepada murid-murid. Sebagai contohnya, rendah ialah merupakan sesuatu saiz yang pendek (jarak pendek) dan tinggi pula ialah sesuatu yang panjang.
2. Tunjukkan kedua-dua objek supaya dapat lihat perbezaaan antara tinggi dan rendah.

Contoh objrk tinggi dan rendah

3. Huraikan kepada mereka perbezaan itu.
4. Beri murid-murid memegang objek tersebut supaya dapat membandingkan objek tersebut.
5. Panggil murid dua orang iaitu tinggi dan rendah. Tanya mereka mana satu tinggi dan rendah.
6. Betulkan murid jika salah.
7. Pilih beberapa pasangan murid dan bandingkan ketinggian mereka.
8. Selepas itu, bahagikan mereka kepada 2 kumpulan.
9. Beri mereka 10 -15 blok setiap kumpulan.
10. Arahkan mereka supaya membina menara tinggi dan satu kumpulan lagi menara rendah.


11. Bandingkan saiz menara tersebut.
12. Beri mereka lembaran hasil kerja.
Lembaran kerja - Kredit Cleverlearner

13. Baca arahan kepada mereka setiap bahagian soalan.
14. Ukur ketinggian menara yang mereka bina.
15. Semak lembaran kerja tadi.

Penutup

1. Lukis objek tinggi dan rendah di papan putih.
2. Panggil beberapa murid supaya bulatkan objek yang dilukis tadi (tinggi atau rendah).
3. Nyanyi lagu tinggi dan rendah tadi di dalam kelas.

BACA JUGAContoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika dan Taska : Sains


No comments:

Post a Comment