Rangka merupakan tulang yang tersusun dan saling
bersambungan yang ada dalam tubuh manusia.
Namun begitu, untuk menjelaskan kepada kanak-kanak khasnya
kepada kanak-kanak tadika, agak sukar untuk diterjemah dan dihuraikan. Selain
menyanyikan lagu ‘Skeleton Dance’ bersama anak-anak.
Aktiviti dibawah juga boleh membantu anak-anak memahami apa itu rangka tubuh manusia.
Aktiviti dibawah juga boleh membantu anak-anak memahami apa itu rangka tubuh manusia.
Di sini, Bonda ingin
kongsikan satu aktiviti yang boleh di buat untuk kanak-kanak. Iaitu ‘art &
craft’ rangka tubuh manusia (skeleton).
Bahan-bahan :
- Kertas manila warna hitam
- Straw
- Gunting
- Gam putih (clear drying)
- Kapur putih (kapur papan hitam)
Cara-cara :
- Gunting straw kepada beberapa saiz yang menunjukkan kepada tulang manusia. Saiz ia agak berbeza. Rujuk gambar.
- Tunjuk gambar tulang manusia/ model rangka manusia.
- Suruh mereka mencantumkan straw tersebut seperti puzzle.
- Suruh mereka gam straw tersebut di kertas manila hitam (bergantung kepada tahap kognitif anak-anak)
- Tambah tengkorak di bahagian atas dengan cara melukis di kertas hitam tadi.
- Alihkan ketepi supaya kering.
No comments:
Post a Comment