Aktiviti Untuk Kanak-Kanak : Padanan Nombor (Matching Game) - Bonda

Saturday, 11 November 2017

Aktiviti Untuk Kanak-Kanak : Padanan Nombor (Matching Game)



Anak-anak kebiasannya akan seronok bermain dengan permainan ini. Aktiviti ini menggalakkan anak-anak untuk melatih mereka mengira disambil mengenal kemahiran nombor. Peralatan yang digunakan adalah senang untuk didapati dan senang DIY.

BAHAN YANG DIPERLUKAN:


  • 20 batang ais krim, bonda selalu beli di Kedai DIY
  • Marker hitam atau warna (guna pensel warna pun boleh)


CARA-CARA :

  1. Tulis nombor 1 -10 di batang ais krim. 
  2. Lukis bentuk atau gambar yang anda suka (bonda biasanya lukis benda senang untuk dilukis).  Contohnya, bentuk, bulat, bentuk ikan dan lain-lain. Lukis benda yang mewakili nombor yang dah ditulis tadi.
  3.  Selerakkan batang aiskrim tadi dan biarkan kanak-kanak menjelajah.

Biarkan kanak-kanak padankan antara nombor dan gambar tersebut

Ikhlas, BondaKids



No comments:

Post a Comment