Raya makin menghampiri kita. Apa kata keluarkan segala balang dan bekas kuih raya untuk dibasuh terlebih dahulu.
Balang kaca seperti balang biskut raya serta bekas rempah ratus adakalanya meninggalkan kesan kotoran ketika disimpan lama. Malah kotoran ini juga melekat di dinding kaca dan biasanya agak sukar untuk ditanggalkan.
Lebih sukar lagi celahan balang kaca yang berlekuk dan berbingkai di atasnya.
Bahan ini pastinya mudah dan mesti ada di setiap rumah. Jom kita cuba sama-sama.
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan beras
- Air secukupnya
CARA-CARA :
1. Ambil sesudu kecil beras dan taburkan ke dalam balang kaca.
2. Kemudian letakkan air hingga setengah paras balang.
3. Biarkan di rendam seketika.
4. Kemudian tutup rapat bekas ini dan goncangkan balang dengan laju.
5. Lakukan langkah ini berkali-kali dan lihatlah hasilnya selepas itu.
6. Bukan hanya kesan kotoran ditanggalkan malah balang kaca lebih bersih dan mudah untuk dicuci.
7. Selepas itu barulah balang dicuci seperti biasa dengan sabun kesukaan anda. Pastikan anda mencubanya.
Nota : Anda juga boleh cuba mencuci balang kaca atau plastik dengan menggunakan soda bikarbonat. Ambil soda dah bersihkan dengan berus pinggan.
Baca juga : Awasi anak pada musim perayaan
Sumber : Keluarga
No comments:
Post a Comment