Shui Huainian berkata, dia menemui 'mainan' tersebut ketika menggali berhampiran parit di kawasan rumahnya di daerah Lianshui pada 19 Jun lalu. - Foto agensi |
JIANGSU: Seorang datuk yang juga petani di China secara tidak sengaja telah memberikan cucunya sebutir bom yang ditemui ketika menggali tanah di kawasan rumah sebagai permainan.
Shui Huainian berkata, dia menemui 'mainan' tersebut ketika menggali berhampiran parit di kawasan rumahnya di daerah Lianshui pada 19 Jun lalu.
"Cangkul saya terkena satu objek keras ketika menggali, saya sangkakan ia batu," kata warga emas
tersebut.
Setelah digali keluar dan dibersihkan, Huainian memberikan bom tersebut kepada cucunya kerana menyangka ianya adalah sejenis alat permainan zaman dahulu.
Seorang jiran yang kebetulan berkunjung ke rumah Huainian terkejut apabila melihat kanak-kanak itu sedang memegang 'alat mainan' tersebut.
Dia memaklumkan lelaki berkenaan ianya adalah sebutir bom dan segera menghubungi pihak polis.
Sekumpulan anggota polis dan pakar pemusnah bom dihantar ke rumah Huainian bagi menangani situasi berkenaan.
"Bom tersebut adalah dari jenis mortar ringan dan dipercayai ditanam sekitar tahun 1949, ia berkemungkinan meletup sekiranya terkena impak kuat," kata pakar pemusnah bom. - Agensi
Baca juga : WHO Iktiraf Ketagih Permainan Video Sebagai Gangguan Kesihatan Mental. Awasi Anak Anda!
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment