Lala Goreng Berlada - Bonda

Friday, 29 June 2018

Lala Goreng Berlada



Bahan-bahan diperlukan:


- Lala Sekilo (1KG)
- Cili Kering yang telah dikisar (1 @ 2 sudu kecil). Takda pun takpe
- Cili Merah 5 biji
- bawang merah ( besar ) 1 biji
- bawang putih 4 ulas
- halia 1/2 inci (setengah ibu jari)
- sos tiram 2 @ 3 sudu besar
- gula (1 sudu teh)
- garam
- serai 1 @ 2 batang (tumbuk sedikit)
- (boleh juga ditambah 1 Biji bawang besar yang dihiris jika mahu)


Cara menyediakan dan memasak:


- kisar cili merah , bawang merah , bawang putih & halia.
- panaskan minyak .. tumiskan bahan kisar tadi sehingga naik bau.
- masukkan cili kering , serai , sos tiram , gula dan garam secukup rasa.
- masukkan hirisan bawang besar & Lala. Biarkan sehingga masak. Cengkerang akan terbuka (Tips nak tahu masak atau tidak). Dalam beberapa minit sahaja kerana lala cepat masak. Tetatpi ia bergantung kepada saiz lala. Jika saiz lala kecil, ia cepat masak.
- Siap untuk dihidangkan.

BACA :  Cara-Cara Hasilkan Kacang Botak. Kudapan Paling Sedap & Mudah Nak Buat

No comments:

Post a Comment