Tikam kanak-kanak 30 kali: Lelaki 21 tahun direman tujuh hari - Bonda

Tuesday 19 June 2018

Tikam kanak-kanak 30 kali: Lelaki 21 tahun direman tujuh hari

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai menikam anak buahnya yang berusia tiga tahun sebanyak 30 kali di kediaman keluarganya di Taman Kepong pada Isnin, telah ditahan reman selama tujuh harı bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy ketika dihubungi Bernama berkata suspek berusia 21 tahun itu direman sehingga Ahad.

Menurutnya, ujian saringan air kencing menunjukkan ia negatif dadah.

“Kita sedang menjalakan siasatan darah dan toksikologi terhadap suspek,” katanya.

Semalam, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh bapa saudaranya sendiri.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 9 malam di sebuah rumah teres dua tingkat yang juga merupakan kediaman keluarga mangsa di Taman Kepong, pada Isnin.


Sumber : astroawani

No comments:

Post a Comment