Urus Duit Raya Dan Tabungan Anak Dengan Bijak, Ibu Ayah Wajib Buat Ni - Bonda

Sunday, 24 June 2018

Urus Duit Raya Dan Tabungan Anak Dengan Bijak, Ibu Ayah Wajib Buat Ni


Setiap kali raya, anak-anak kitalah yang paling gembira mengumpul duit raya.

Duit disimpan dengan kemas dan dikira setiap masa. Itulah gelagat anak-anak kita sepanjang musim raya ni.

Ibu ayah kenalah lebih prihatin dan bertanggungjawab memastikan duit raya anak disimpan untuk tabungan masa depan. Bagaimana nak menyimpan? Ini tip yang patut mak ayah buat.


TIPS SIMPANAN ANAK


1) Bukalah akaun Tabung Haji anak dengan deposit RM100. Paling lewat waktu anak berumur 6 bulan.

2) Simpan duit anak secara konsisten ke Tabung Haji anak i.e RM30 sebulan (RM1 sehari)


3) Buat direct debit lebih memudahkan urusan.


4) Jika potong gaji setiap bulan lagi menyenangkan.

5) Selepas 17 tahun, perlu buat persediaan anak mahu melanjutkan pengajian, anak kita sudah ada lebih RM10k:

Nilai prinsipal: RM6220

Nilai dividen: RM4706

Jumlah simpanan: RM10926


6) Ini tidak masuk lagi duit raya anak, duit tabungan anak dan lain-lain, jumlahnya akan meningkat lagi.

7) Kalau terguna duit anak mesti kita ganti, anak pun tidak sedih hati.


Ingatlah simpanan hari ini memudahkan hidup anak di kemudian hari.


Sumber : Nursha Salleh

No comments:

Post a Comment