Ibu Bapa Harus Pandai Cari Alternatif Sediakan Makanan Berkhasiat - Bonda

Monday, 9 July 2018

Ibu Bapa Harus Pandai Cari Alternatif Sediakan Makanan Berkhasiat


KUALA LUMPUR: Tanggapan makanan berkhasiat adalah mahal harus diubah bagi mengatasi masalah kekurangan nutrisi dikalangan kanak-kanak, jelas pakar kecergasan Kevin Zahari.

Dalam satu temubual bersama Astro AWANI, Kevin menjelaskan ada pelbagai pilihan makanan berkhasiat yang lebih murah yang boleh disediakan kepada kanak-kanak bagi memastikan tumbesaran mereka sempura.

Beliau mengakui wujud tanggapan bahawa makanan berkhasiat adalah lebih mahal berbanding yang tidak atau kurang berkhasiat.

Bagaimanapun tegasnya, ibu bapa harus pandai mencari alternatif dalam menyediakan makanan yang bukan sahaja murah tetapi berkhasiat tinggi.

"Ibu bapa harus memastikan dalam setiap tiga hidangan paling minima, sarapan pagi, hidangan tengahari dan malam perlu ada sumber protein.

"Ia tidak semestinya daripada sumber daging atau ayam tetapi biarlah daripada pelbagai jenis protein, jika kos menjadi isu, ayam adalah jimat.

"Terdapat pelabagai jenis protein yang boleh didapati selain daripada sumber berbentuk haiwan seperti taufu dan susu asalkan sumber itu mempunyai khasiat untuk membantu baiki sel-sel tumbesaran," tambah Kevin.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan pembangunan pelan hala tuju kebajikan kanak-kanak yang disusulkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.

Cadangan Jawatan kuasa berkenaan dibuat susulan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Februari lalu.

Laporan tersebut menyatakan kanak-kanak di projek perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur berhadapan masalah kekurangan nutrisi yang serius.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Post a Comment