NEW DELHI: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun mendakwa dia dirogol berulang kali oleh rakan sekelas dan gurunya dalam kejadian terbaharu yang menggemparkan di utara India, menurut polis, hari ini.
Mangsa dari timur Bihar mendedahkan dia diperkosa beberapa kali oleh 19 individu termasuk tiga guru dalam tempoh enam bulan.
Sub inspektor Anuj Kumar di balai polis Ekma di timur Bihar berkata, mangsa pada asalnya dirogol tiga atau empat remaja lelaki dalam kejadian pertama.
"Selepas rakan sekolah lain mengetahui tentang perkara itu, mereka mengugut untuk mendedahkannya dan bertindak memperkosa remaja terbabit. Mangsa kemudiannya bertindak melaporkan kepada polis pada minggu lalu. Kami sedang menyiasat aduan tersebut," jelasnya.
Setakat ini, polis telah memberkas pengetua, dua guru dan empat pelajar di sekolah itu yang dipercayai ada kaitan dengan kes tersebut.
"Kami sedang melakukan siasatan lanjut. Kami akan mendapatkan waran daripada mahkamah dan melakukan serbuan untuk memberkas baki suspek lain. Kesemua suspek menafikan mereka terlibat dan melakukan perbuatan tersebut," kata timbalan inspektor di Saran, Vijay Kumar Verma.
April lalu, kerajaan India memperkenalkan undang-undang sementara yang mengenakan hukuman mati ke atas mereka yang memperkosa kanak-kanak dan perogol yang melakukan perbuatan itu secara beramai-ramai.
Statistik kerajaan mendapati hampir 100 serangan seksual berlaku di India pada setiap hari.
Sumber : Astro Awani
No comments:
Post a Comment