Resepi Chocolate Chip Cookies Ala Famous Amos - Bonda

Thursday 5 July 2018

Resepi Chocolate Chip Cookies Ala Famous Amos



Kami yakin anda pasti suka akan rasa cookies popular Famous Amous. Percaya tak anda boleh buat sendiri untuk raya ini dengan menggunakan resipi di bawah?


Ya! Tak perlu penat-penat keluar beli kalau dah mengidam.


Langkah-langkah pembuatannya pun mudah dan ringkas sahaja. Bolehlah anda buat dan makan puas-puas!

Resepi Chocolate Cip Cookies Ala Famous Amos

Bahan A

1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu besar susu segar @ susu tepung
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla

Bahan B

2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sudu besar serbuk koko (di ayak)
1 sudu besar tepung jagung (di ayak)
1/2 sudu kecil krim tartar Nona (boleh ganti dengan 1/2 sudu kecil cuka/ jus lemon)
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/kacang badam (boleh ganti biji bunga matahari)
1 cawan cip coklat separuh manis

Cara-cara:


1) Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.


2) Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk krim tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.


3) Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan cip coklat.


4) Adunan agak lembik.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang.


5) Jarakkan kedudukan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu disapu mentega.


6) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit.


7) Angkat dan sejukkan di atas jaring.


Selamat Mencuba!

 Sumber : Cari

No comments:

Post a Comment