Resepi Pes Ikan Bakar Mudah Dan Senang Disediakan. Dah Macam Di Restoran - Bonda

Wednesday, 4 July 2018

Resepi Pes Ikan Bakar Mudah Dan Senang Disediakan. Dah Macam Di Restoran


Tentu ramai yang tercari-cari resipi mudah untuk membuat pes atau rempah ikan bakar. Kalau di Johor, ikan bakar yang disajikan di restoran memang agak berbeza kerana ikan diperap dengan pes istimewa dan beraroma.

Jom cuba resepi pes ikan bakar hasil perkongsian dari Facebook Puan Habeebah Md Daud yang sesuai digunakan untuk apa sahaja jenis ikan. Yang paling popular ialah ikan siakap dan pari! Ah, kecur liur dibuatnya.

Resipi Pes Ikan Bakar

Bahan-bahan


2 inchi lengkuas
3 inci halia
5 btg serai
8 bj Bawang merah
1bj bawang holland
1sudu udang kering @ jika xde guna
belacan
8 bj cili padi. - boleh tambah kalau nak lg pedas berapi
3 bj cili merah
3 helai limau purut

Cara-cara membuatnya


1. Kisar semua bahan sampai lumat.


2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh atau cili kisar 4-5 sudu.
3. Masukkan garam gula. Serbuk perasa + asam keping .
4. Tumis sampai pecah minyak. Siap!

**Nak bakar ikan, lumurkan sahaja atas ikan, bungkus dalam kerajang aluminium. Balut bagi kemas dan bakar atas dapur.

**Udang dan sotong juga sesuai.

**Tahan sehingga 1-2minggu di luar peti ais.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment