Resepi Viral Mac & Cheese Crispy. Hanya Menggunakan 2 Bahan Sahaja - Bonda

Wednesday 4 July 2018

Resepi Viral Mac & Cheese Crispy. Hanya Menggunakan 2 Bahan Sahaja


Rasa cheese dan kerangupannya ketika mengunyah sudah pasti menambahkan lagi keasyikkan saat menikmati waktu minum petang bersama keluarga , anak-anak ataupun rakan. Jika anda mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain dan mudah untuk dimasak boleh cuba resipi Mac & Cheese Crispy ini!

Bahan-bahan yang digunakan hanyalah pasta dan cheese powder sahaja. Sangat Mudah!


Jom belajar buat!

1. Rendam pasta

Masukkan makaroni dalam mangkuk, rendam makaroni dengan air 45 minit. Tak perlu rebus tau. Kalau lama sangat nanti kembang. Kalau sekejap pulak lepas goreng jadi keras.


2. Panaskan kuali untuk menggoreng

Semasa menggoreng, pastikan sentiasa mengacau. Kalau tidak pasta anda akan melekat satu sama lain.


3. Selepas warna menjadi keemasan, toskan.


4. Masukkan pasta yang telah digoreng ke dalam bekas bertutup


5. Masukkan cheese powder.


6. Tutup bekas dan goncang untuk meratakan cheese powder tadi.


Mudah je kan? Selamat mencuba! 


No comments:

Post a Comment