Lelaki terbabit ditangkap penduduk ketika sedang bercumbu dengan mangsa. -Foto Sinar Harian |
Perbuatan tidak senonoh itu dilakukan Abdul Syukur, 32, selepas berkenalan dengan mangsa melalui media sosial, MiChat.
Kedua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu.
Lelaki tersebut kemudiannya menyewa kereta dan berjumpa dengan mangsa di kawasan masjid Kelurahan Sarirogo, Kecamatan Kota Sidoarjo.
Sejurus remaja perempuan itu memasuki keretanya, dia bertindak mencium dan meraba kemaluan mangsa.
"Perbuatannya sangat melampau kerana ia dilakukan dalam kereta yang diparkir berhampiran masjid.
"Pelaku yang sudah berkahwin ditangkap penduduk ketika sedang bercumbu sebelum dipukul oleh mereka.
"Ibu bapa mangsa kemudiannya membuat aduan kepada polis," kata jurucakap polis, Muhammad Harris, pada Rabu.
Guru terbabit telah didakwa di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak dan bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika disabit bersalah. - Kompas.com
No comments:
Post a Comment