Orang tua selalu cakap ‘baby hisap ibu jari kaki tanda dia nak adik lagi’. Dengar je ayat macam ni mula la mama risau. Bukan apa baby kecil lagi tak kan la nak bagi adik dah kat dia. Sekurang-kurangnya biarlah besar dulu baru fikir kan semula.
Ok berdasarkan perkongsian Idati Malek, sebenarnya tindakan bayi menghisap ibu jari kakinya bukan nak adik tapi sebagai rangsangan otak untuk berkembang.
Now let me tell you guys a story. Ada seorang perempuan, aku namakan Puan N. Pregnant 5 bulan. Bila scan 5D, nampak baby dia tengah hisap jari kaki.
Jadi doktor cakap apa tau? ‘dia nak adik lagi lah tu….’ Tak tak. doktor tak cakap macam tu.
mau kena lempang.hahaha.
Actually the fact is : baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya.
Nak tahu kenapa?
Sebenarnya, setiap kali bayi menghisap ibu jari kakinya, mereka sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki bayi mempunyai fungsi terhadap organ tertentu.
Sekiranya baby nak tumbuh gigi pulak, cuba tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby.
Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.
Sumber: Idati Malek
No comments:
Post a Comment