Contoh Mainan Yang Merangsang Sensori Anak-Anak 0-6 Bulan - Bonda

Wednesday, 3 October 2018

Contoh Mainan Yang Merangsang Sensori Anak-Anak 0-6 Bulan


Permainan bayi boleh diberikan ketika usianya diawal 0-6 bulan kerana ia bantu merangsang minda si kecil apabila melihat kepelbagaian warna pada mainan tersebut. Jadi, ibu bapa jangan salah anggap untuk tidak memberikan mainan pada bayi anda.

Sebenarnya, ada beberapa contoh permainan anak yang meningkatkan sensori anak-anak. Sensori ini termasukkan sentuh, dengar, lihat, hidu, dan rasa. Walaupun ramai ibu bapa menganggap bayi baru lahir tidak memerlukan mainan, tapi ternyata pendapat tersebut tidak tepat kerana mainan membantu perkembangan si kecil.

Bermain merupakan proses belajar yang penting dalam kehidupan awal anak. Meskipun baru lahir, si kecil dapat belajar banyak perkara daripada persekitaran mereka.

Malah dengan permainan, ia meningkatkan perkembangan mereka dari segi kemahiran fizikal, kognitif, emosi, rohani, dan sosial . Di sini terdapat 6 jenis cara untuk merangsang perkembangan mereka.

6 Contoh Permainan Yang Merangsang Perkembangan Anak-Anak


#1. Mainan hitam putih 


Setelah dilahirkan, mata bayi belum sempurna untuk melihat. Bahkan, dia hanya dapat melihat warna hitam putih dengan jarak pandang sekitar 10 ke 25 cm ketika berusia 0-1 bulan saja.

Tapi pandangan mata si kecil akan bertambah baik seiring dengan waktu.

Jadi untuk permulaan, anda boleh tunjukkan si kecil gambar hitam putih dan dia akan memerhatikannya tanda tertarik dengan gambar tersebut.

Kemudian anda gerakkan gambar hitam putih itu lalu amati adakah si kecil mengikut arah gambar tersebut. Anda boleh mencubanya ketika bayi berusia satu hingga dua bulan.

#2. Mainan gantung 



Permainan ini dapat membantu merangsangkan pancaindera bayi usia satu hingga empat bulan. Bahkan si kecil akan tersenyum apabila melihat mainan ini berpusing di hadapannya.

Keadaan ini dapat meningkatkan kemahiran emosi, dan mata anak-anak.

Apatah lagi mainan gantung ini boleh berbunyi dan bergerak sendiri di atas bulatannya. Sekaligus menarik minat bayi untuk bermain.

#3. Mainan lembut / Soft toy



Pernah tak dengar permainan Sophie the Giraffe yang terkenal di Perancis sejak 40 tahun lalu. Menurut data tahun 2010 sebanyak 816,000 mainan ini terjual.

Sedangkan jumlah bayi yang dilahirkan pada tahun tersebut seramai 828,000. Maksudnya di sini, ramai bayi yang memiliki mainan tersebut.

Mainan lembut ini digemari bayi sekitar empat bulan dan dimulai dengan mengigit.

Walauapapun, sebelum memberikannya pada si kecil anda. Perhatikan juga sama ada mainan itu mudah digenggam, tidak membahayakan dan tidak terlalu berat.

#4. Buku Lembut / Soft Book 



Setelah berusia lima bulan, bayi sudah boleh menggosokkan tangannya terhadap pelbagai permukaan. Oleh itu, ibu boleh berikan mainan dengan pelbagai tekstur bagi merangsang minda si kecil.

Perkenalkan buku bayi yang dibuat dari kain dan memiliki tekstur yang berbeza pada setiap halamannya iaitu yang berinteraktif . Kemudian, bacakan cerita setiap hari sebelum tidur, sekaligus menarik minatnya membaca buku sejak kecil.

Pilih buku yang mempunyai jalan cerita yang tidak terlalu panjang hanya beberapa patah ayat saja dalam satu halaman.

#5. Bola / rattle ball



Bayi yang sudah merangkak, mainan bola membantu merangsang kemampuannya untuk terus merangkak.

Apatah lagi, dia dapat sentuh dan mendapatkan bola tersebut ketika bergerak. Begitulah seterusnya, hingga anda dapat melihat si kecil tangkas semasa merangkak demi mendapatkan bola yang berada di hadapan matanya.

Pastikan anda memilih bola yang mempunyai pelbagai tekstur, boleh berbunyi apabila dipicit dan lembut seperti rattle ball

 #6. Mainan cermin 


Ketika usia tiga hingga empat bulan, fungsi mata bayi semakin baik. Bayi juga dapat melihat warna dengan jarak pandang lebih jauh.

Pada usia ini juga si kecil cuba menggapai mainan yang digantung tapi akibat tidak boleh mencapainya dia pasti akan menangis. Kemudian dia akan mengeluarkan bunyi ‘ah uh he’ sambil memandang mainan tersebut.

Selain itu, bayi juga gemar melihat refleksi wajahnya di hadapan cermin dan menghabiskan waktu yang lama untuk tertawa apabila melihat cermin itu.


Mak ayah yang nak cari pendapatan tambahan jadi droship buku PTS boleh  klik link https://bit.ly/33JnIIT

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment