Resepi Ayam BBQ Paling Sedap - Bonda

Friday, 5 October 2018

Resepi Ayam BBQ Paling Sedap


Daging ayam akan dapat menyerap perisa dengan lebih baik tanpa kulit. Untuk rasa yang lebih enak lagi, biarkan ayam diperap semalaman.

Bahan-Bahan : 


500 g ayam, filet dada, tanpa kulit, dipotong mengikut kehendak anda
1 cawan air
1 biji timun (kecil), dikupas, dibelah dua sama panjang dan dihiris menyerong

Untuk perapan 


(campur dalam satu mangkuk):
2 sudu besar Oyster Sauce
1 sudu besar Sos Tomato
1 sudu kecil Perasa
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu kecil kicap cair
2 sudu besar madu (tambahan untuk saduran)
2 sudu besar gula perang
½ sudu kecil serbuk lima rempah

Penyediaan :


1. Untuk bahan perapan, campurkan semua bahan di dalam satu mangkuk.

2. Kemudian masukkan ayam dalam bahan perapan dan salut ayam dengan teliti.

3. Selepas ayam disalut dengan bahan perapan, masukkan ayam dalam bekas bertutup atau beg berzip dan masukkan ke dalam peti sejuk. Perapkan selama sekurang-kurangnya 5 jam, sebaik-baiknya semalaman.

4. Bila ayam sudah sedia untuk masak, pindahkan ayam dan bahan perapan ke dalam kuali atau periuk dan tuangkan secawan air.

5. Masak pada suhu sederhana selama 45 minit ke satu jam, balikkan filet ayam setiap 10 minit atau sehingga ayam menjadi empuk. Tambah air jika perlu.

6. Bila ayam dah siap, alihkan ke bekas pembakar yang dialas dengan foil aaluminium.

7. Terus renehkan kuah dengan api sederhana sehingga ia menjadi sos agak pekat. Kemudian, tutup api.

8. Kini, masa untuk membakar ayam. Bakar selama 10-15 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200 ° C pada fungsi panggang sehingga rupa panggang yang diingini. Kalau anda suka, boleh sadurkan dengan madu tambahan dan kuah, sebelum ayam dikelu

9. Bila ayam dah siap, potong dan renjiskan lebih banyak kuah. Hidangkan dengan hirisan timun.

10. Nikmati hidangan ayam yang lazat ini dengan MAGGI® Mi Wantan.

Tips: Jika anda tidak memiliki ketuhar, anda juga boleh menggunakan ketuhar pembakar, dapur barbeku atau pemanggang yang diletakkan di atas dapur untuk memanggang ayam tersebut. Atau, anda juga boleh menggoreng ayam tersebut dengan ½ sudu kecil minyak

No comments:

Post a Comment