Kalau anda teringin resepi ayam percik Kelantan , kami akan berikan resepi beserta rahsianya di sini. Yang mana kalau anda buat, hasilnya mengalahkan apa yang dijual di pasar malam dan juga di bazar Ramadhan.
Kalau di Kelantan, selain menu ayam percik berkuah pekat santan , satau lagi juadah percik yang popular adalah perut ayam percik. Ya mesti anda tak pernah dengar kan.Perut ayam yang dibersihkan dicucuk dengan padat di lidi dan dibakar sebelum disiram dengan kuah percik merah istimewa.
Untuk dapatkan resepi ayam percik Kelantan yang betul-betul sedap, sila ikuti tips yang kami berikan ini.
1- Bahagian ayam yang digunakan perlu direbus dengan bahan perapan sehingga 60-70% masak sebelum dibakar atas arang kayu.Bahan perapan ayam percik ada kami berikan di bawah ini.Rebus hanya masukkan 1/2 senduk air sahaja.Nanti air ayam akan keluar sendiri.Guna api sederhana.
2- Untuk dapatkan kuah resepi ayam percik Kelantan yang betul-betul menjadi,masak menggunakan api sederhana kecil dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga buih mendidih mula kelihatan dna boleh terus tutup api. Ini untuk elakkan kuah percik ayam menjadi berketul-ketul atau pecah minyak.
3- Ini untuk proses bakar ayam percik. Bahagian pertama adalah bakar ayam yang direbus sehingga masak dengan cara lapisan luar mula garing di sesetengah bahagian. Gunakan jaring pembakar yang dikenali sebagai ” perange ” seperti gambar di bawah ini.
Bahagian kedua angkat sekali dengan jaring, alirkan kuah percik ke semua bahagian ayam bakar. Lapik dulang di bawah untuk tadah kuah yang jatuh.Cukup 1-2 lapisan .
Bahagian ketiga bakar sekali lagi ayam supaya aroma bau ayam percik keluar. Boleh la diangkat dan dilumur sedikit lagi kuah percik sebelum dimakan.
Terbaik la tips ayam percik resepi ini dan kami yakin anda akan dapat rasa original menu ayam percik ni.Terima kasih kepada Wan Muhammad Hafiz atas sumbangan gambar.
Bahan Resepi Ayam Percik Kelanntan :
Untuk 1/2 ekor ayam atau 6-8 ketul ya kuantiti resepi ini.Boleh gandakan.
Bahan Perapan Untuk Ayam Percik :
6-8 ketul ayam ( 1 ekor ayam potong 12 )
2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup
3/4 sudu makan garam sukatan biasa
Secubit serbuk perasa
Gaul dengan ayam dan masukkan dalam periuk.Tambah 1/2 senduk air dan rebus sekitar 60-70% masak. Api sederhana
Bahan Kuah Percik Kelantan :
5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen *
2 ulas bawang putih *
1/2 hiris nipis halia *
Secubit belacan *
1/2 sudu makan biji ketumbar (disangai dan dikisar halus) *
6 senduk santan pekat atau 3 kotak santan segera yang kecil
1 senduk air
1 1/2 sudu makan cili kisar
1/2 sudu besar garam
2 1/2 sudu besar gula
Secubit perencah Hilal
Sehiris asam limau nipis
Cara Penyediaan Kuah Resepi Ayam Percik Kelantan :
#1: Kisar bahan yang bertanda sehingga lumat dengan air yang sedikit sahaja sekadar untuk menggerakkan mesin.Letak bahan kisar dalam periuk. Masukkan santan dan juga air serta cili kisar.Perah air asam limau nipis.
#2: Barulah buka api sederhana kecil.Tips untuk hasilkan kuah percik yang betul ialah kuah percik haruslah sentiasa dikacau untuk elakkan kuah menjadi berketul-ketul.Masukkan gula,garam dan serbuk perasa.
#3: Kacau hingga buih mendidih mula terbentuk dan tutup api.Kuah percik telah pun siap sedia untuk dilumurkan pada ayam bakar nanti
Boleh la bakar ayam yang sudah direbus tadi menggunakan arang kayu dan menggunakan tips yang kami beri di atas ini. Menu ayam percik ni sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi kerabu.Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment