Resepi Ayam Tandoori / Tandoori Chicken - Bonda

Saturday, 13 October 2018

Resepi Ayam Tandoori / Tandoori Chicken

Ayam Tandoori ialah hidangan ayam yang disediakan oleh memanggang ayam awet dalam yogurt dan rempah-rempah di dalam tandoor, ketuhar silinder tanah liat. Ia merupakan hidangan yang berasal dari benua India, dan telah menjadi sajian yang dicari di bahagian-bahagian lain di dunia.


Jom lihat resepi :

Bahan Perap

4 keping paha ayam tanpa kulit, kelar

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu kecil garam

1 sudu besar jus lemon

# Gaul dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk

Bahan Rempah


6 sudu besar yogurt pekat

2 sudu kecil garam

1 sudu besar pes halia dan bawang putih

Jus limau nipis

1/2 sudu besar serbuk lada hitam

1/2 sudu besar serbuk cili

1/2 sudu besar garam masala

1 sudu besar serbuk jintan manis

1 sudu besar serbuk ketumbar

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Sedikit pewarna merah

1 sudu besar daun fenugreek kering / parsley kering

2 sudu besar minyak sayur

# Satukan semua bahan kecuali minyak, gaul sebati.

Cara-cara :


Cuci ayam, buang kulit dan kelar beberapa bahagian supaya rempah menyerap dengan rata.
Gaul rata bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk.

Satukan semua bahan rempah, kemudian gaul bersama perapan ayam tadi.

Letak minyak sayur dan gaul hingga sebati.

Letak di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit hingga ayam masak. Untuk lebih aroma, panggang ayam di atas bara api.

Hidang bersama chutney pudina, bawang jeruk dan perahan limau nipis.

Chutney Pudina / Mint Chutney


1 cawan daun pudina

1 cawan daun ketumbar

3 tangkai cili hijau

2 ulas bawang putih

1 hiris halia

1/2 sudu teh garam

1 sudu besar jus lemon

1 sudu teh gula

3 sudu besar yogurt

# Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Sedia di hidangkan bersama ayam tandoori.

Jeruk Bawang


3 biji bawang besar merah

1 sudu besar cuka

Garam dan gula secukupnya

# Gaul sebati.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment