Mengapakah kebersihan makanan penting?
Kebersihan dan kesegaran makanan adalah penting apabila bayi anda mula makan makanan pejal. Ini adalah kerana sistem imun bayi anda kurang matang daripada seorang dewasa. Perutnya lebih terdedah kepada kuman dan jangkitan.Seeloknya beri bayi anda makanan pertamanya pada usia enam bulan. Itulah nasihat daripada pakar-pakar kesihatan di seluruh dunia.
Jika anda memilih untuk memberi bayi anda makanan pejal sebelum enam bulan, anda perlu berhati-hati. Sterilkan sudunya sehingga bayi anda berusia enam bulan dan basuh mangkuk bayi anda dan peralatan makan dalam pinggan atau air yang sangat panas. Gunakan kain bersih atau kertas tuala untuk mengeringkannya.
Apakah tahap kebersihan yang perlu saya amalkan apabila menyediakan makanan bayi?
Anda tidak perlu mensteril keseluruhan dapur anda. Terdapat juga bukti bahawa rumah kita hari ini terlalu bersih! Walau bagaimanapun, petua kebersihan asas berikut perlulah diikuti:
# Basuh tangan anda sebelum menyediakan makanan bayi anda.
# Cuci atau lap kerusi bayi, bib, dan tempat makan dengan air sabun panas.
Jika bayi anda makan makanan jejari atau makan dengan tangan, basuh tangannya sebelum makan.
# Menukar kain atau tuala dapur dengan kerap.
Bagimanakah saya boleh menghidangkan makanan bayi dengan selamat?
# Cairkan makanan beku dengan teliti sebelum anda memasaknya, kecuali jika label makanan menyatakan sebaliknya. Cara yang paling selamat untuk melakukan ini adalah untuk meninggalkannya di dalam peti sejuk semalaman atau menggunakan tetapan nyahbeku (defrost) pada ketuhar gelombang.
# Untuk puri yang tidak perlu dipanaskan semula, seperti puri buah-buahan, pastikan ia dicairkan sepenuhnya sebelum diberi kepada bayi anda. Jangan sekali-kali membekukan semula sesuatu yang telah dinyahbeku.
Jangan lupa petua-petua ini:
# Jika anda menggunakan ketuhar gelombang untuk memanaskan makanan, kacau dengan rata untuk mengelakkan tompok panas.
# Jangan panaskan semula makanan bayi anda lebih daripada sekali.
# Masak telur sehingga kuning telur dan putih cukup masak.
# Masak daging sehingga tidak lagi merah jambu di bahagian tengah.
# Cuci kulit buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti epal dan lobak merah.
# Jangan beri kerang-kerangan mentah kepada bayi anda
Bagaimana saya boleh menyimpan makanan bayi dengan selamat?
# Jika anda menyediakan banyak makanan bayi terlebih dahulu, sejukkan ia dengan cepat, sebaik-baiknya dalam tempoh 90 minit. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Bekukan makanan yang tidak akan digunakan dalam tempoh 24 jam.
# Jika bayi anda tidak habiskan makanan dalam mangkuknya, buangkan sisa-sisa tersebut. Makanan yang telah tersentuh air liur mengandungi bakteria yang akan membiak jika dibiarkan.
# Semak tarik luput makanan yang anda berikan kepada bayi anda. Jika anda mempunyai makanan lebihan didalam balang, anda boleh menyimpannya dalam peti sejuk selama 24 jam selepas ia telah dibuka. Walau bagaimanapun, buang sisa makanan yang telah dipanaskan sekali dan balang tersebut.
# Pastikan pengedap pada tin dan balang belum dibuka.
# Periksa suhu peti sejuk anda. Ia harus antara sifar dan lima darjah Celsius. Beli termometer peti sejuk dari sebuah kedai perkakasan jika anda belum memilikinya.
No comments:
Post a Comment