Bila anak dah masuk umur 6 bulan, ibu kena cara penyediaan makanan yang tepat dan bersesuaian. Tak semua makanan boleh terus diperkenalkan kepada bayi yang baru hendak mengenal makanan pejal.
Ada peringkat yang perlu dipatuhi serta cara penyediaan makanan yang betul serta jenis-jenis makanan yang dibolehkan mengikut peringkat usia bayi. Bagi ibu yang baru mempunyai anak, panduan ini sangat penting untuk diketahui supaya anda tidak salah perkenalkan anak makanan atau silap cara penyediaan yang boleh memudaratkan kesihatan anak untuk jangka masa panjang.
Cara mudah dan asas seperti dikongsi oleh Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia ini sesuai untuk ibu yang pertama kali.
Mengikut panduan oleh Bahagian Pemakanan, KKM bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal! Mereka juga mesti diberi makanan yang teksturnya bersesuaian bagi mengelakkan daripada tercekik.
Ibu boleh mengubah tekstur serta cara penyediaan makanan secara beransur-ansur mengikut umur bayi dan disesuaikan dengan perkembangan dan keupayaannya.
Penyediaan Makanan Bayi Umur 6-8 Bulan
1. Sediakan beras (dibasuh bersih) yang dimasak sehingga menjadi bubur nasi yang lembik.
2. Kisar bubur nasi berkenaan bagi mendapatkan tekstur nasi yang lebih halus. Ini merupakan tekstur makanan bayi yang halus dan cukup nilai kalori.
3. Rebus sehingga masak ikan yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
4. Keluarkan isi ikan dan pastikan tiada tulang yang tertinggal di dalam isi ikan tersebut.
5. Kisar isi ikan berkenaan untuk mendapatkan tekstur yang lebih halus.
6. Sediakan brokoli atau sayur-sayuran lain sebagai sumber serat dan vitamin dalam menu harian bayi.
7. Basuh bersih brokoli dan rebus sehingga masak dan lembut.
8. Kisar brokoli sehingga mendapat tekstur yang lebih halus.
Sukatan makanan untuk setiap kali waktu makan utama adalah:
1/2 cawan bubur nasi
1 sudu makan brokoli/sawi/bayam
1 sudu teh ikan/ayam
Penyediaan Snek Sihat Untuk Bayi Umur 6-8 Bulan
Buah-buahan yang digunakan sebagai snek boleh disediakan sama ada dalam bentuk separa pejal atau dilecek. Contoh, pisang, betik dan labu.
Snek sihat disaran untuk diberi kepada bayi sebanyak 1 hingga 2 kali sehari.
Pisang Lecek
2 sudu makan pisang
Lecek pisang sehingga tekstur yang lebih halus dan tidak berketul.
Selain pisang, labu manis atau buah-buahan lain juga boleh dijadikan sebagai snek sihat.
Basuh bersih labu yang telah dibuang kulitnya. Rebus labu sehingga masak dan empuk. Lecek labu yang telah direbus sehingga mendapat tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
Saiz sajian untuk 1 kali hidangan iaitu sebanyak 2 sudu makan snek sihat.
Kepelbagaian makanan adalah penting semasa penyediaan makanan bayi pada usia ini. Bahan-bahan yang digunakan boleh ditukarkan kepada jenis karbohidrat, protein serta jenis sayur-sayuran yang lain.
Penyediaan Makanan Bayi Berumur 9-11 Bulan
Pada usia 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil.
Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.
Basuh lobak yang telah dibuang kulitnya serta rebus sehingga masak dan empuk. Potong kecil lobak berkenaan.
Pada umur 9-11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil.
Makanan jejari (finger foods) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi.
Rebus sehingga masak ikan yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
Keluarkan isi ikan dan pastikan tiada tulang yang tertinggal di dalam isi ikan tersebut.
Hancurkan ikan berkenaan untuk mendapatkan tekstur yang lebih kecil dan halus.
Selain protein ikan, ianya juga boleh digantikan dengan ayam atau daging. Lobak juga boleh digantikan dengan sayur-sayuran yang lain.
Sukatan makanan setiap kali waktu makan adalah:
3/4 cawan bubur nasi pekat
1 sudu teh ikan
1 1/2 sudu makan lobak/sayur-sayuran
Penyediaan Snek Sihat Untuk Bayi Umur 9-11 Bulan
Buah-buahan yang digunakan sebagai snek boleh disediakan sama ada dalam bentuk separa pejal, dicincang halus atau bentuk jejari. Ini membantu bayi untuk belajar memegang sendiri makanan tersebut. Ini
Sukatan untuk snek adalah:
1 biji pisang bersaiz kecil (pisang emas)
Atau
1/2 biji pisang berangan
Penyediaan tekstur makanan untuk bayi pada usia ini adalah dalam bentuk separa pejal, dicincang halus atau bentuk jejari bagi mengelakkan bayi daripada tercekik. Ia juga membantu bayi dalam menggalakkan perkembangan psikomotor.
Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment