Bagaimana cara nak masak Kerabu Ikan Bilis Garing?
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk ikan bilis
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan
1 biji manga muda
5 biji cili api
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
#1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
#2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
#3. Hiriskan bawang besar dan bunga kantan.
#4. Buangkan kulit mangga muda dan cencang halus ataupun parut.
#5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati.
Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment