Makanan Bayi 6 Bulan. Bagaimana Nak Tahu Bayi Dah Bersedia Belum Menerima Makanan Bayi? - Bonda

Sunday, 25 November 2018

Makanan Bayi 6 Bulan. Bagaimana Nak Tahu Bayi Dah Bersedia Belum Menerima Makanan Bayi?


Bagaimana saya boleh tahu anak saya sudah bersedia makan makanan bayi?


Menjelang usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.

Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan sudu dan garfu. Sebenarnya, makanan pejal pertama bayi bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair kerana makan ialah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan.

Apakah makanan yang sesuai sebagai permulaan?


Mulalah dengan satu atau dua sudu yang berikut:
Mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak sejuk.



#buah-buahan, seperti pisang, pir dan epal yang dipurikan;
#sayur-sayuran, seperti lobak merah, labu dan bunga kubis.

Anda juga boleh cuba buah-buahan lain seperti pic dan avokado, dan sayuran seperti labu, skuasy, brokoli dan kubis bunga. Anda boleh cuba sayur-sayuran berkanji seperti keledek, yang biasanya disukai. 

Sebaik sahaja bayi anda biasa makan buah dan sayur ini, anda boleh teruskan dengan makanan lain daripada kumpulan utama berikut:


#roti, nasi, kentang, pasta dan mi;
#susu dan makanan tenusu;
#daging, ikan, telur, kekacang.

Penting bagi anda memberikan bayi makanan berperisa masin disamping yang manis pada tahap ini supaya dia tidak hanya gemarkan makanan manis sahaja.

Berapa banyak makanan bayi saya akan makan?


Jangan harap bayi akan makan banyak pada satu masa. Perut bayi masih kecil dan perlukan sedikit makanan. Kebanyakan nutirnya masih datang dari susu badan atau formula bagi beberapa bulan akan datang. Anda seharusnya masih memberi bayi anda seberapa banyak susu badan yang dia mahu, atau anda sepatutnya memberi di antara 500 ml dan 600 ml susu formula sehari.

Adakah bayi saya sudah bersedia makan menggunakan sudu?


Anda boleh gunakan sudu plastik untuk bayi untuk memberinya makan. Jika dia tidak mahu makan daripada sudu, anda boleh cuba memberinya menggunakan jari yang bersih.

Ramai bayi yang sudah bersedia untuk makan boleh memungut makanan dan makan sendiri ketika berusia di antara tujuh dan sembilan bulan. Sesetengah bayi sudah bersedia makan sendiri makanan jejari sejak mula lagi. Jika bayi anda seperti ini, jangan bimbang. Biarkan dia makan sendiri. Atau anda boleh cuba biarkan bayi memegang makanan jejari sambil anda menyuapnya menggunakan sudu pada awalnya, jika anda suka.

No comments:

Post a Comment