Bagaimana cara nak masak Kuih Talam Pisang?
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A (Lapisan Bawah)
1 cawan pisang (Dilecek)½ cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning
Minyak masak
Bahan B (Lapisan Atas)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
Secubit garam
Cara menyediakan dan memasak:
- Gaulkan semua bahan A kecuali minyak masak dan tuangkan ke dalam loyang.
- Kukuskan selama 20 minit dengan api sederhana.
- Gaulkan bahan B. Tapiskan ke dalam kuali non-stick.
- Masakkan sambil sentiasa mengacau ataupun nampak wap naik.
- Cakarkan permukaan lapisan bawah bagi memudahkan bahagian atas melekat.
- Tuangkan perlahan-lahan adunan B yang dikacau tadi ke atas lapisan di dalam loyang. Kukuskan lagi 20 minit.
- Sejukkan betul-betul dan potong kuih dengan pisau plastik.
- Hidangkan.
No comments:
Post a Comment