Rutin Tidur Bagi Bayi - Bonda

Tuesday, 27 November 2018

Rutin Tidur Bagi Bayi


Persoalan-persoalan ini sering bermain  dalam ibu bapa sekalian:

Bagaimanakah rutin boleh membantu bayi saya tidur?
Rutin tidur manakah yang saya boleh cuba?
Bagaimanakah rutin boleh membantu bayi saya tidur?


Bayi anda akan berada dalam keadaan yang lebih tenang jika dia boleh menjangka apa yang akan berlaku seterusnya. Lebih relaks bayi, lebih baik kemungkinan dia akan tertidur dengan lebih mudah dan cepat.

Pada usia seawal enam atau lapan minggu bayi anda sudah boleh mematuhi satu aturcara tidur yang tetap setiap malam. Bayi anda sudah tentu dengan mudahnya dapat menghargai satu cara yang konsisten dan boleh diramal. Ini akan membantu dia mempelajari tabiat tidur yang akan menguntungkan anda berdua pada masa yang akan datang.

Apa yang disertakan dalam rutin anda terpulang kepada anda. Ini terdiri dari rutin mandi biasa, memakaikan pijama, membaca cerita, berpeluk-pelukan atau bermain-mainan secara menenangkan. Yang penting ialah anda memilih sesuatu yang dapat membantu menenangkan bayi anda. Juga, walaupun permulaan rutin ini berlaku di bilik mandi atau bilik duduk, pastikan anda menamatkannya dalam bilik tidur bayi anda.

Adalah penting untuk memastikan bilik bayi anda merupakan satu tempat yang nyaman untuk berada dalamnya, bukan sekadar tempat dia ditinggalkan bila sampai masa untuk tidur. Jadikan masa tidur satu peristiwa yang menyeronokkan, dan tak lama nanti, dengan perhatian dan banyak peluk-pelukan, bayi anda mengemari keseluruhan proses itu. Jika dia merasa terganggu apabila anda meninggalkannya setelah membaringkan dia, beritahu dia yang anda akan datang semula dalam sedikit masa untuk menjenguk dia. Dia mungkin sudah nyenyak tertidur apabila anda kembali kelak.

Rutin tidur manakah yang saya boleh cuba?


Idea-idea berikut telah digunakan dengan berjaya oleh ibu-ibu dan bapa-bapa. Mungkin anda boleh mendapatkan sesuatu yang sesuai untuk anda. Dan jangan lupa bahawa rutin tidur menmanfaatkan ibubapa juga. Ia merupakan masa istimewa untuk digunakan bersama bayi anda.

Melepaskan geram 


Kadangkala lebih baik jika anda biarkan bayi anda melepaskan tenaga yang terpendam dalam sistemnya sebelum anda menidurkan dia untuk malam itu. Main satu permainan dengan dia atau biarkan dia tendang-menendang dengan puas, tapi selepas itu teruskan dengan aktiviti yang menenangkan, seperti mandi atau bercerita sebelum tidur.


Mandikan dia 


Berendam dalam air suam cukup menenangkan, oleh itu mandi adalah satu cara baik bagi suami anda mendapat masa istimewa dengan bayi, terutama sekali jika anda mengamalkan penyusuan badan dan dia sudah tentu tak dapat membantu memberi bayi makan.

Jika bayi anda teruja apabila dimandikan dan tidak sukakannya, jangan masukkan mandi dalam rutin anda. Sebaliknya, adakan masa untuk berpeluk-pelukan atau membaca cerita. Dan jangan lupa untuk menjenguk tip-tip kami tentang keselamatan bilik mandi.

Lap dan rapikan dia 


Anda boleh sertakan dalam rutin bayi anda cuci muka dan tangan, gosok gusi atau gosok gigi, tukar lampin dan pakai pijama. Tabiat menggosok gigi penting dimulakan pada umur awal supaya bayi anda biasa dengannya.

Berbual-bual dengan dia 

Masa tidur memberi peluang baik bagi anda menghabiskan masa berbual-bual dengan bayi anda. Jika anda tidak pasti apa yang hendak dibualkan, mulalah dengan bercakap tentang apa yang bayi telah lakukan pada hari itu. Suara anda akan mententeram dan menyelesakan bayi anda.

Mengucap selamat malam 

Ramai bayi sukakan ritual dibawa mengelilingi bilik atau rumah sebelum tidur dan mengucapkan selamat malam kepada semua ahli keluarga, haiwan kesayangan, mainan yang digemari dan objek-objek lain.

Bacakan cerita sebelum tidur 

Bayi anda akan suka mengerekot selesa dengan anda untuk mendengar cerita. Ini juga akan membantu dia mengenali perkataan-perkataan baru. Kajian menunjukkan bahawa kemahiran bahasa bayi akan meningkat jika didedahkan kepada kosa kata yang luas.

Nyanyikan lagu

Menyanyi senandung buaian adalah cara baik untuk membantu bayi anda tertidur yang terjamin berkurun-kurun. Bayi tentu gemar mendengarkan bunyi-bunyi yang digemari, suara anda, dan melodi nyaman lagu itu juga menenangkan. Jika anda sudah lupa lirik atau senandung kegemaran anda, pergilah ke lirik senandung buaian dan senandung dari fail media digital untuk mendapatkan kursus segar.

Main muzik 


Mulakan mainan CD atau pita rakaman senandung bayi, musik klasik, atau lain kegemaran kanak-kanak semasa anda menidurkan bayi - dan biarkan rakaman itu berterusan selepas anda meninggalkan dia - ini memudahkan bayi membuat transisi dari keadaan terjaga kepada tidur. Musik mempunyai manfaat tambahan bagi menenggelamkan bunyi-bunyi lain.

Ikutlah rutin tidur tetap seberapa yang boleh, walaupun anda tidak berada di rumah sendiri. Ini memudahkan bayi anda menjadi tenang semasa berada di persekitaran yang tidak dikenali.


No comments:

Post a Comment