4 Resepi Bubur Nasi Bayi Yang Mudah, Sedap dan Berkhasiat - Bonda

Friday, 1 March 2019

4 Resepi Bubur Nasi Bayi Yang Mudah, Sedap dan Berkhasiat


Untuk ibu-ibu yang kehabisan idea nak masak apa untuk si manja, jom cuba 4 resepi bubur nasi bayi yang mudah, sedap dan berkhasiat ini! Senang saja pun nak buat...

Jika ibu-ibu kekurangan idea untuk masak apa buat si manja, apa kata ibu-ibu cuba 4 resepi bubur nasi bayi di bawah ini? Ada yang enak dan ada juga yang manis. Janji resepinya mudah untuk disediakan, sedap dan berkhasiat!

Jom kita cuba…

Resepi bubur nasi bayi #1 – Bubur brokoli dan ikan bilis

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan beras
  • 50gm Brokoli
  • 1/2 sudu kecil serbuk ikan bilis
  • Air secukupnya


Cara memasak


  1. Rebus beras hingga menjadi bubur
  2. Setelah beras jadi bubur masukkan brokoli biar sehingga lembut
  3. Kisar nasi dan brokoli tadi sehingga halus dan didihkan semula selama beberapa minit
  4. Masuk beberapa sudu bubur tadi dan campurkan dengan  1/2 sudu serbuk ikan bilis

Resepi bubur nasi bayi #2 – Bubur nasi tim ayam

Bahan-bahan


  • 20g beras
  • 650ml air
  • 25g daging
  • 30g tahu
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu marjerin/mentega


Cara Memasak 


  1. Rebus daging ayam, tauhu, beras dan air kacau sehingga kental dan menjadi bubur
  2. Masukkan lobak dan tomato. kacau sehingga masak
  3. Resepi asal menggunakan marjerin tetapi pada pendapat saya mentega adalah pilihan yang lebih sihat. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati
  4. Hidangkan. Jika perlu, ibu-ibu boleh kisarkan supaya daging tadi senang ditelan oleh si manja



Resepi bubur nasi bayi #3 – Bubur nasi kurma

Kalau anak lebih suka bubur manis, cuba pula resepi bubur nasi bayi di bawah ini

Bahan-bahan


  • 20g beras
  • 650ml air
  • Kurma
  • Lobak


Cara memasak


  1. Rebus beras sehingga jadi bubur
  2. Masukkan kurma dan lobak. Kemudian kacau sehingga sebati
  3. Masak sehingga lembut dan hidangkan

Resepi bubur nasi bayi #4 – Bubur susu

Bahan-bahan


  • 3 sudu tepung beras putih/ 20gm beras**
  • 200ml asi/susu formula


Cara memasak


  1. Campurkan tepung beras dan susu formula dan kacau sehingga sebati
  2. Setelah adunan sebati kecilkan api dan kacau perlahan-lahan
  3. Tunggu hingga masak
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

** Walaupun resepi original menggunakan tepung beras, sebenarnya lebih sihat menggunakan bubur yang dimasak dari beras biasa. Ini kerana kita tidak mahu memberi makanan yang diproses kepada bayi kita ya, nanti susah untuk dihadam.

Kalau nak juga tepung beras, ibu-ibu bolehlah kisar sendiri beras itu di rumah, sehingga menjadi tepung.



 Sumber : AsianParents

















No comments:

Post a Comment