Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika, dan Taska : Keluarga Saya - Bonda

Tuesday 19 March 2019

Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika, dan Taska : Keluarga Saya


Tajuk : Keluarga Saya

Objektif Pembelajaran : 

Murid-murid dapat nyatakan ahli anggota keluarga.

Pengenalan (5 minit) :

1. Tanya murid-murid siapa anggota keluarga mereka.

2. Beritahu murid-murid banyak anggota dalam keluarga seperti dari nenek dan atuk sehingga sepupu.

Langkah-Langkah : 

1. Baca buku dengan kuat "Families" oleh Shelley Rotner dan Sheila M. Kelley.


2. Soal murid-murid adakah sama keluarga mereka seperti di dalam buku tersebut?

3. Terangkan kepada murid-murid bahawa hari ini, kita akan fokus kepada keluarga yang tinggal bersama dengan kita di dalam rumah.

4. Kongsikan di dalam kelas mengenai keluarga murid-murid. Keluarga boleh datang dari pelbagai jenis seperti mempunyai dua ibu, dua ayah, ayah dan ibu. nenek dan lain-lain. Sesetengah orang mempunyai dari sebuah rumah.

5. Beritahu murid-murid bahawa mereka akan melukis ahl keluarga yang tinggal bersama mereka.

6. Tunjuk kepada mereka bagaimana melukis setiap ahli keluarga.



7. Suruh murid kongsikan perbezaan ahli keluarga mereka dengan kawan-kawan.

Penutup : 

1. Beri mereka kertas kosong. Beri mereka secara bebas untuk siapkan tugasan mereka.

2. Jika mereka siap awal, bagi mereka siapkan lembaran kerja. 

Mak ayah yang nak cari pendapatan tambahan jadi droship buku PTS boleh  klik link https://bit.ly/33JnIIT

No comments:

Post a Comment