Resepi Kuih Apam Balik - Bonda

Monday, 11 March 2019

Resepi Kuih Apam Balik



Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan Tabur –

Kacang tanah yang sudah dikisar
Jagung krim dalam tin
Serbuk Milo (optional)

Cara Membuat:

1. Masukkan gula bersama telur ke dalam mesin pengadun dan mesin hingga kembang.

2. Kemudian, masukkan soda bicarbonat, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.

3. Masukkan pula, tepung gandum dan mesin lagi sehingga sebati. Biarkan adunan naik seketika.

4. Oleskan planta di permukaan kuali dan tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian ratakan sedikit.

5. Biarkan seketika. Sementara menunggu masak, letakkan bahan tabur di permukaan atas.

6. Apabila cukup masak, angkat dan lipat dua bahagian sebelum dipotong. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment