Kek Batik Biskut Marie + Oreo - Bonda

Wednesday, 29 May 2019

Kek Batik Biskut Marie + Oreo



Buat kek batik ada pelbagai pelbagai versi antaranya versi milo, nestum, oreo, cheese leleh dan banyak lagi, Jom tengok resipi ini.

Bahan-Bahan :

Kek Batik Oreo (saya guna loyang 6")
250 gm butter
1/2 cwn susu pekat
2 cwn milo
3 sdb serbuk koko
30 keping biskut marie - patahkan
1pkt oreo - patahkan

Cara-Cara Membuatnya :

1 - Cairkan butter.
2 - Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3 - Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau rata
4 - Masukkan biskut marie dan kacau bg rata.
5 - Tuang separuh dlm loyang dilapik kertas. Tekan padat. Patahkan biskut oreo n tabur.
6 - Tuang baki biskut marie tadi n padatkan kemudian patahkan lagi biskut oreo n taburkan.
7 - Tekan sedikit supaya biskut oreo melekat.

Siap!

Kredit resipi: Nek Ummi‎

No comments:

Post a Comment