Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah - Bonda

Friday 17 May 2019

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah



Bahan-bahan :

Dada ayam, dipotong dadu **
1 sm kunyit **
1 sm lada sulah (serbuk) **
1 sm serbuk kari **
1 sm tepung jagung **
1 sk gula pasir
1 sm sos tiram
Bahan Sampingan :
Lobak merah, potong halus
Cili padi, diketuk (nak pedas sila tambah lagi)
1 labu bawang merah – hiris halus
lada merah hiris halus
Bunga kobis
Kacang panjang, potong-potong

Cara Memasak :

1-Satukan bahan yang bertanda **. Gaul sebati.
2-Panaskan minyak masak. Minyak jangan terlalu banyak.
3-Goreng ayam terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan tidak melekat di kuali.
4-Kemudian masukkan sayuran yang bertekstur keras seperti lobak dan lain-lain.
5-Masukkan bawang merah dan lada. Kemudian masukkan bunga kobis.
6-Akhir sekali masukkan kacang panjang. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
7-Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment