Resepi Biskut Almond London Sedap - Bonda

Wednesday, 29 May 2019

Resepi Biskut Almond London Sedap



Bahan-bahan :

250 gm buttercup
1/2 cwn gula
3 sdb susu tepung (tak ada tak apa)
2 1/2 cwn tpg gandum
2 1/2 cwn tpg jagung
1 biji telur
1 sdt esen vanilla
Badam biji secukupnya. Badam digoreng dengan api yang kecil sampai ada bunyi meletup 3 kali. Toskan dan lap minyaknya kemudian bakar lebih kurang 20 minit. Kalau tak mahu buat cara ini nak bakar terus pun boleh.
Badam cincang secukupnya, bakar 5 minit.
Untuk salut. Coklat masakan secukupnya dan coco butter untuk cairkan.

Cara-cara :

1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula. Kacau pakai senduk.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan. Kalau rasa lembik tambah tepung, kalau rasa keras tambah butter, bakar suhu 180 selama 20 minit.
3. Untuk coklat gunakan teknik double boil.

No comments:

Post a Comment