Resepi Kuih Seri Muka Pandan Mudah - Bonda

Thursday, 16 May 2019

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Mudah


Bahan Bahagian Bawah :

3 cawan pulut (rendam 3 jam)
2 cawan santan
Secubit garam

Bahan Bahagian Atas :

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 cawan gula pasir (resepi asal 1 1/2 cawan)
Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam

Cara Membuat :

1-Cuci pulut, toskan, masukkan santan dan garam
2-Kemudian kukus dalam talam selama 25 minit, sudah siap kukus kemudian angkat dan penyek-penyek bagi padat.
3-Blend semua bahan bahagian atas bagi adunan halus.
4-Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
5-Kukus selama 30 minit.
6-Siap.

No comments:

Post a Comment