Resepi Nuttella Muffin Penuh Coklat Sedap - Bonda

Thursday 9 May 2019

Resepi Nuttella Muffin Penuh Coklat Sedap


Bahan-Bahan:

3/4 cawan gula biasa
1 biji telur Gred A
1 1/3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1/4 cawan minyak sayuran
3/4 cawan susu segar
1/3 cawan nutella

Cara penyediaan :

#1-dalam mangkuk besar, adun gula dan telur hingga sebati dan gula tidak berbintil menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana.
#2-Selepas itu , tambah tepung serbaguna, baking powder, garam dan serbuk buah pala. Kacau lagi sehingga semua menjadi sebati.
#3-Akhir sekali, masukkan minyak sayuran, susu segar dan esen vanilla.
#4-panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C . Isikan adunan tadi ke dalam acuan .Hanya isi 2/3 dari ruang acuan.
#5-Letakkan nutella atas adunan dan lorek corak menggunakan pencungkil gigi bagi menampakkan corak.
#6-masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 minit . Sejukkan selepas masak untuk seketika.

No comments:

Post a Comment