Resepi Cucur Udang Sedap - Bonda

Monday 8 July 2019

Resepi Cucur Udang Sedap



Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung tepung naik sendiri-
1 sudu besar tepung beras
1 biji telur
Semangkuk udang kecil- buang kepala, ekor & kulit udang semua
3 biji bawang besar holland- belah 2 dan hiris2
Rm1 taugeh
Secekak daun kucai- kerat2kan 2 inci
2 biji cili merah- potong kecil
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam, gula & aji
Air sejuk peti ais untuk bancuh tepung

Cara-cara: 

Bancuh tepung2 dengan telur & air sejuk hingga adunan sepekat kita buat cekodok bilis.. kemudian masukkan semua bahan2 lain.. gaul sebati.. panaskan minyak yg agak banyak dalam kuali kemudian goreng cucur seperti biasa sehingga keemasan.. P/s: kalau nak tambah carrot pun boleh.

Sos pencicah

5 senduk cili blend
7 ulas bawang putih- tumbuk halus
Gula pasir @ gula melaka secukup manis yg anda suka
Garam secukup rasa
2 sudu besar Cuka
3 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
3 cawan air

Cara-cara : 

Masukkan semua bahan masak sampai pekat.. api jgn kuat ye sbb ia mudah meruap.. api kecil je.. biarkan ia masak sampai betul2 pekat yg anda mahu.. jgn lupa rasa..

No comments:

Post a Comment