Resepi Kuey Teow Goreng - Bonda

Monday, 5 August 2019

Resepi Kuey Teow Goreng


Bahan-Bahan:

1 bungkus kuey teow
3 camca besar minyak masak
200 gram isi ayam/udang
2 fillet fish cake dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis (20g)
segenggam daun kuchai
sedikit taugeh
sos tiram
kicap pekat
1 sudu besar sos ikan

Cara Membuat:

1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar). 2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.

3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.

4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.

Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.

No comments:

Post a Comment