Resepi Biskut Mentega - Butter Cookies - Bonda

Tuesday, 10 September 2019

Resepi Biskut Mentega - Butter Cookies


Tiba-tiba terasa nak buat biskut butter pulak. Rupanya senang sahaja nak buat biskut ini. Sukat dengan sukatan yang betul dan campak-campak sahaja, lepas tu kacau. Memang sedap!. Lebih sedap alau menggunakan mentega asli (pure buttter).


Jika dibakar, keharumana mentega ini naik semerbak bau di dalam rumah. Pasti menggoda kepada sesiapa yang tercium akan bau ini. Jom lihat resepi:

Bahan-bahan

230 Gm Mentega (Pure Butter)
80 Gm Gula Aising
210 Gm Tepung Gandum
50 Gm Tepung Jagung
1 Sudu Kecil Esen Vanila

Penyediaan :

1. Kacau mentega dan gula aising dengan senduk kayu hingga lembut. Masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan kacau hingga menjadi doh yang lembut.
3. Masukkan ke dalam piping bag bersama nozzle pilihan dan pipe ke atas dulang pembakar yang di alas kertas baking.
4. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

Berminat nak jadi USAHAWAN BUKU? Tekan DI SINI.


No comments:

Post a Comment