Isu-isu semasa banyak mengutarakan dan memaparkan kisah-kisah kekecewaan, kesediham, penderitaan dan kemalangan yang dihadapi oleh anak-anak jagaan yang dibawah jagaan sekolah, institusi, swasta mahupun yang melibatkan keluarga itu sendiri.
Di sini, bonda nak kongsikan pengalaman bonda semasa menjaga anak jagaan bonda yang berumur 3 tahun 10 bulan. Bonda namakan anak bonda sebagai Angah.
Angah boleh bercakap dan masih tergagap-gagap untuk menyebut sesuatu perkara. Perkembangan bahasa dia agak ketinggalan dibandingkan dengan anak-anak lain. Kemahiran motor halus dan motor halus angah pun masih di tahap sederhana. Mampu berlari, tetapi dengan posture yang masih boleh dikembangkan.
Pada hari tersebut, tiba-tiba angah menangis. Sangkaan kami kerana dia bergaduh dengan adiknya. Kebiasannya mereka bergaduh berebut barang.
Namun, semakin panjang pula tangisannya itu. Maka, bonda tetus mendapatkan Angah. Bonda cuba lihat kot kot ada luka apa-apa ke. Jangkaan bonda tersasar jauh.
Tiba-tiba tengok ada setitik darah yang baru hendak keluar dari hidung Angah.
Bonda panik!
Bonda panik!
"Relax bonda, Jangan gelabah" Hati berkata-kata.
Bonda cuba kawal emosi bonda.
Angah berdarah hidung. Tapi masih boleh dikawal kerana darah yang sangat sedikit. Ibarat tercucuk jarum ketika bubuh benang dalam lubang jarum.
Alhamdulillah.
Nasib tidak luka teruk. Bonda cuba sapu dengan kain. Alhamdulillah luka hanya sedikit.
Angah selepas itu reda dari tangisan dan meneruskan permainan dengan kawan-kawannya.
Petang itu, Angah diambil oleh Abahnya. Disebabkan kealpaan bonda, bonda lupa memberitahu abahnya mengenai kemalangan yang berlaku pada angah.
............
Tiba-tiba mesej whatsApp masuk. Ibu Angah mesej bonda.
..
.
..
.
Selepas berbalas mesej. Alhamdulillah, dia faham keadaan pada masa itu. Kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh dicegah sebelum berlakunya kemalangan itu.
Selepas berbalas mesej. Alhamdulillah, dia faham keadaan pada masa itu. Kemalangan yang tidak dapat dielakkan. Namun, ia boleh dicegah sebelum berlakunya kemalangan itu.
Bagaimana Angah boleh luka?
Pada petang itu, Angah dan adiknya bermain di almari. Berdasarkan pemerhatian bonda, mereka saling tolak menolak di hadapan almari. Adiknya tiba-tiba menolak Angah ke almari tersebut.
Paku yang terdapat di almari tersebut terkana Angah di hidung. Tapi Alhamdulillah hanya sedikit sahaja. Terkena kepala paku yang terkeluar dari almari tersebut.
Bonda kongsikan tips dan tindakan yang telah bonda rasakan perlu dalam keadaan tersebut.
Antara tindakan yang bonda ambil adalah :
1. Lihat keadaan anak-anak
Cuba tinjau keadaan anak-anak, cari tempat yang anak-anak sakit. Cuna tanya anak-anak di mana luka atau tempat sakit. Jika anak-anak masih tidak dapat bercakap. Cuba tengok dengam sendiri. Bonda kadang-kadang ada juga tanya kawan-kawan anak-anak bonda :)
Anak-anak yang dah mampu bercakap, dapat mempercepatkan tindakan kita yang seterusnya. Dalam keadaan bonda tadi, hanya ada anak-anak bawah 2 tahun je.
Jika terdapat luka yang teruk kena ambil tindakan yang segera.
2. Basuh hidung dengan air
Bonda akan bersihkan luka dengan air dahulu sebelum mengambil tindakan seterusnya.
3. Biarkan luka kering sendiri
Tengok keadaan anak-anak. Pantau dari semasa ke semasa.
4. Tulis dalam buku laporan harian mereka.
Laporan harian mengenai keadaan anak-anak mestilah ada dalam sesebuah taska atau pusat asuhan. Tidak kisahlah beroperasi sendiri dengan mendapat kelulusan atau tidak. Hal ini demikian kerana, laporan ini merupakan report yang paling senang untuk dibuat danpaling senang memberitahu mengenai apa-apa mengenai anak-anak jagaan.
5. Beritahu ibubapa apabila mereka datang menjemput anak-anak.
Jangan berat mulut untuk kongsi perkara yang jadi mengenai anak-anak mereka.
6. Minta maaf
Tolong mintak maaf atas segala perkara yang jadi walau ia bukan salah anda. Be humble!
>> Terdapat pelbagai cara untuk menangani sesuatu keadaan jika melibatkan anak-anak. Namun kunci utama adalah JANGAN panik. Jika berlaku sesuatu yang teruk, terus CALL parents dan ambil tindakan yang seterusnya.
Apa-apa tindakan, tidak boleh pisahkan parents sebagai orang yanv paling berhak keatas anak-anak mereka.
Ini hanya sekadar perkongsian bonda, jika ada tersalah bicara, Maafkan bonda.
.
.
.
By Bondakids. Your Lovely Mum
No comments:
Post a Comment