Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika dan Taska : Muzik - Bonda

Friday 3 August 2018

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Prasekolah, Tadika dan Taska : Muzik


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru
Bondakids
Kelas
Prasekolah X
Tarikh
18 Ogos 201X
Masa
11.10 -11.50 pagi
Modul
Muzik (Bahasa Melayu)
Tunjang

Tunjang Fizikal dan Estetika - Kreativiti
Fokus
KTI 2.0 Muzik

Standard Pembelajaran
KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan.
Kesepaduan
PFK 2.1.22 Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan.
Bilangan Murid
25 orang
Sub Tema
Buah-buahan
Objektif
Di akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Menyanyi dengan gerakan.
2. Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan.


Pengetahuan sedia ada
Murid boleh menggerakan badan dan menyanyi.
Bahan
Laptop, video, pisang,
Penerapan Nilai
Disiplin, dan Toleransi
Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti
Bahan Bantu Mengajar/Catatan
Set induksi
(3 minit)
  1. Guru bermain teka teki dengan murid-murid dengan menyatakan ciri-ciri pisang.
  2. Guru menunjukkan buah pisang.
  1. Murid menjawab teka teki yang diberikan oleh guru.
  2. Murid melihat buah pisang.
Alatan
  • Pisang
Kesepaduan
  • Sains
Nilai
  • Disiplin
Langkah 1
(7 minit)
  1. Guru menyatakan ciri-ciri buah pisang.
  2. Guru memberitahu kepentingan buah-pisang.
  1. Murid mengetahui ciri-ciri pisang.
  2. Murid mengetahui kepentingan buah pisang.
Alatan
  • Pisang
Kesepaduan
  • Sains
Nilai
  • Disiplin
Langkah 2
(8 minit)
  1. Guru menunjukkan video lagu buah pisang kepada murid-murid.

  1. Murid melihat video lagu pisang.
Alatan
  • Laptop
  • Lagu
Kesepaduan
  • Bahasa Inggeris
Nilai
  • Disiplin
Langkah 3
(5 minit)
  1. Guru menunjukkan lirik lagu kepada murid-murid.
  2. Guru mengajar lirik lagu kepada murid-murid.
  1. Murid melihat lirik lagu.
  2. Murid belajar lirik lagu.
Alatan
  • Laptop
  • Lagu
Kesepaduan
  • Bahasa Inggeris.
Nilai
  • Disiplin
Langkah 4
(10 minit)
  1. Guru mengajar pergerakan sambil menyanyi lagu tersebut.
  2. Guru menyuruh murid-murid melakukan pergerakan sambil menyanyi.
  1. Murid belajar pergerakan.
  2. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan.
Alatan
  • Laptop
  • Video
Kesepaduan
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
Nilai
  • Toleransi
  • Disiplin
  • Berani
Penutup
(2 minit)
  1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai aktiviti yang dilakukan.
  1. Murid menjawab soalan guru.
Nilai
  • Disiplin



No comments:

Post a Comment