Bajet 2018 Beri Keistimewaan Pada Ibu Yang Bakal Lahirkan Anak Tahun Depan - Bonda

Sunday, 29 October 2017

Bajet 2018 Beri Keistimewaan Pada Ibu Yang Bakal Lahirkan Anak Tahun Depan



Bajet 2018 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin, dilihat secara jelas memberi impak penekanan positif kepada aspek membantu pembinaan keluarga.
Malah bagi wanita terutama golongan ibu, bajet kali ini cukup di sambut baik dan rata-ratanya berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri yang dianggap ‘istimewa' berbanding bajet yang dibentangkan sebelum ini seperti:
1)    Tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari
Buat para ibu yang bakal bersalin yang bekerja di sektor swasta. Jika sebelum ini hanya 60 hari, selepas ini cuti bersalin akan selari dengan para ibu yang bekerja di sektor awam iaitu 90 hari.
2)    Ibu mengandung lebih 5 bulan yang berkhidmat di sektor awam boleh pulang awal sejam
Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yang bekerja kerajaan juga dibenar pulang awal sejam.

3)    Tabung ADAM50
Setiap anak yang lahir bermula dari 1 Januari 2018 akan mempunyai akaun Amanah Dana Anak Malaysia 2050 di mana nilai RM200 akan dimasukkan terus dalam bentuk Amanah Saham.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim juga turut menyambut baik inisiatif dalam bajet 2018 yang disifatkannya sebagai mesra wanita.
Diharapkan dengan usaha ini, produktiviti pekerja wanita dapat terus dipertingkatkan dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi negara.- Pa&Ma

No comments:

Post a Comment