Gambar Hiasan : Google. Bonda tak sempat ambil gambar
Beberapa hari lepas, bonda ada masak kari ikan tongkol. Orang Kelantan panggil Gulai Kari Ikan Aye.
Pagi-pagi lagi, bonda dengan hubby ke Market Kampung Berjaya, Alor Setar mencari lauk-lauk segar. Untuk pengetahuan kawan-kawan, bonda ni orang Kelantan tapi husband duk di Kedah.
Nak dijadikan cerita, pagi tu terbelilah ikan tongkol. Plan-plan di depan penjual ikan tu juga, kami decide nak buat Kari Ikan Tongkol.
Maka, terbelilah ikan tongkol satu ekor. Rm9.9. Sekilo Rm15. Sedang-sedang je untuk kami bertiga.
Selepas itu, kami pergi ke bahagian santan beli santan dengan PakCik Santan. Nama, kami pun tak pasti. Heeee...
Di jadikan cerita, selepas pulang kerumah, kami terus kan plan asal kami, mengari ikan tongkol.
Di sini, bonda share resepi Kari Ikan Tongkol Superb (Dapat pujian dari suami dan abang ipar) :)
Resepi Ikan Tongkol Bonda
Resepi Ikan Tongkol Bonda
Bahan-Bahan
- Ikan tongkol seekor
- Santan Rm3
- Seinci halia
- Cili kering 2-5 tangkai
- Bawang putih 1 ulas
- Bawang merah 3 biji
- Serbuk kari
- Daun kari 3 tangkai
Cara-cara
1. Rebus ikan tongkol dengan menggunakan asam keping dan sedit air. Biarkan sehingga masak.
Cara-cara
1. Rebus ikan tongkol dengan menggunakan asam keping dan sedit air. Biarkan sehingga masak.
2. Goreng daun kari sampai garing. Tumbuk/kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering sampai lumat.
3. Tumis bahan tadi dengan minyak yang mencukupi.
4. Agak-agak dah masak dan pecah minyak, masukkan air sedikit dan masukkan santan.
5. Selepas itu, masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi.
6. Bila dah mendidih, masukkan air rebusan ikan tadi.
7. Biarkan kuah agak pekat. Letak gula, garam sebagai penambah perasa.
8. Bila kari dah pecah minyak, boleh tutup api. Siap...
** Ini style bonda je. Kalau awak-awak ada resepi lain, boleh share ye :)
** Ini style bonda je. Kalau awak-awak ada resepi lain, boleh share ye :)
No comments:
Post a Comment