Wardrobe Second Hand Jepun. Perabot Bundle - Bonda

Tuesday, 24 October 2017

Wardrobe Second Hand Jepun. Perabot Bundle

Hari ni bonda nak share mengenai wardrobe atau almari second hand made in Japan. 
Disebabkan rumah kami terletak di alor setar, jadi pencarian kami lebih tertumpu di alor setar sahaja. 
Atas cadangan suami bonda, jadi terus ke Kedai Bundle .... yang berdekatan dengan rumah kami. Menurutnya, almari di sana boleh tahan jugak. Bonda ni tak nak caya sangat, sebab mana tau kan, bonda belom tengok depan mata lagi bagaimana almari tu. 
So, sampai disana, kebanyakan yang ada meja-meja makan jepun, pakaian jepun. Bonda tak berminat sangat. Sebab memang fokus pada almari je buat masa tu. 
Selepas itu, hubby bonda tarik tangan bonda ke bahagian belakang kedai tersebut. 
Wahhh.... terkejut bonda tengok almari kedai ni. Elok sangat lagi haihhh... Kayu pun masih elok. Bonda pun tak pasti Orang Jepun tu buat almari daripada kayu apa. Tapi memang keras dan padu
Kami tengok satu-satu almari yang ada dalam kedai tersebut. Dari harga Rm500 - 1000. Bawah dari rm500 pun ada, tapi bukan almari yang kami cari. 
Dalam kepala bonda dah congak-congak bajet bonda dan suami pada masa itu. Hati memang dah berkenan sangat dah. 
Design almari Jepun di sana memang cun habis. Memang berkenan sangat dah.
Dalam perkiraan kami, memang dah nak ambil, tapi next time  ya, bajet belum cukup lagi. Hihi
Bonda lupa nak ambil gambar. Tapi bonda ada google ala ala almari di sana. Di sini, bonda paste ye :)
Mf mart di alor setar
Almari camni, ada lagi time bonda g sana
Dah tengok kan gambar yang bonda paste? Kalau ibu ibu g sana, confirm hati lagi terpikat dari tengok gambar je. 
Di sini bonda paste location Mf Mart ye : 



No comments:

Post a Comment