Kemahiran menulis merupakan asas perkembangam yang diperlukan oleh anak-anak sebelum mereka menulis. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang diperlukan oleh anak-anak sebelum mereka berupaya memegang pensel, menulis, meniru, dan mewarna.
Sebelum memberi anak-anak memegang pensel, ibu-ibu boleh menggalakkan perkembangan anak-anak iaitu menggalakkan kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar mereka.
Kemahiran motor halus anak-anak ini adalah yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil si anak seperti meramas kertas, memegang mainan dengan hujung jari bagainya.
Jadi, sebelum ibu ayah menggalakkan mereka memegang pensel, mereka perlu memperkuatkan kemahiran memegang iaitu menggunakan jari.
Antara kemahiran yang boleh dibuat untuk meningkatkan kemahiran motor halus anak-anak adalah seperti berikut. Berikut merupakan hasil pengalaman, kajian, pembacaan yang dilakukan oleh bonda.
Meramas atau merenyuk kertas
Kanak boleh digalakkan meramas kertas, memegang bola, atau permainan yang menggalakkan perkembangan fizikal mereka iaitu khusus kepada kemahiran motor halus anak-anak.
Aktiviti "Art and Craft"
Aktiviti seni dan kraft boleh meningkatkan kemahiran fizikal anak anak disamping mengembangkaan kognitif anak-anak. Terdapat pelbagai cara dan aktiviti yang dapat dilakukan oleh ibu ayah seperti melakukan permainan daripada art and craft ini.
"Blocks"
Aktiviti yang paling senang untuk ibu ayah. Bonda selalu je bagi blok untuk anak-anak bermain. Aktivit ini dapat meningkatkan rangsangan jari untuk anak-anak.
By bondakids
No comments:
Post a Comment