Period vs Emosi Wanita!
Perasan ke tak wahai wanita di luar sana jika anda period? Anda rasa nak marah-marah? Sedih? Suka tengking-tengking dan naikkan volume suara apabila berbicara dengan rakan dan anak-anak? Sudah tentu anda pernah alaminya? Betul tak? Sesetengah wanita akan rasa over happy (happier) sepanjang hari? Ofkos ada! Ia berbeza mengikut individu.
Haaa... hari ni bonda nak cerita mengenai emosi wanita semasa period. Bagaimana wanita kawal kemarahan diri? Lempiaskan pada orang sekeliling? Atau anak-anak yang jadi mangsa mood swing mak-mak semua?
Perempuan ni unik!
Perempuan ni pelik?
Yes! Bonda mengaku tu. Memang emosi perempuan pelik dan sukar dibaca apabila period mendekati wanita-wanita ini.
Sapa yang jadi mangsa emosi yang tidak stabil pada masa ini? Bagi bonda, wanita yang mengalami period (kebanyakan sebelum period perangai-perangai wanita jadi tidak tentu. Orang cakap mood swing), orang sekeliling akan jadi mangsa keadaan.
Cuba kita fokuskan sekejap. Cuba fikir sapa yang berada di persekitaran kita?
Rakan sekerja?
Suami?
Anak-anak?
Antara ramai-ramai di atas, bonda paling terkesan dengan anak-anak. Anak-anak jadi mangsa apabila kita tidak dapat kawal emosi kita pada masa itu.
Kenapa?
Kenapa bonda kesiankan anak-anak?
Cuba bayangkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa, tapi kita bla..bla..bla memarahi mereka.
Jom bonda bagi contoh yang biasa berlaku dalam diri bonda.
Hari itu, anak nak menempel je dengan kita sepanjang hari. Nak buat kerja pun susah. Jauh sikit, mula lah nangis.
Bonda mula tinggikan suara dengan anak-anak. Maafkan bonda anak-anak.
........
Dalam entri ni, bonda nak share cara-cara kawal emosi marah pada anak-anak. Insha Allah moga kita sama-sama boleh mengawal amarah semasa period.
BAGAIMANA KAWAL EMOSI SEMASA PERIOD
1. Tarik Nafas, Hembus Nafas
Biasakan tarik nafas, dan hembus nafas. Tarik nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Keadaan ini dapat membawa kita kepada zon tenang.
2. Air Suam
Minum segelas air suam agar badan yang panas akibat perubahan hormon menjadi sejuk.
3. Tidur yang cukup
4. Berkomunikasi dengan Alam Semulajadi
Sebagai contohnya, cuba libatkan diri dengan berkebun, tengok air tenang, tengok pokok-pokok hijau dapat menenangkan keadaan hati. Ia menjadikan seseorang tenang.
5. Tahu Kitaran HAID
Keadaan ini dapat memberitahu tanda atau memperingatkan kita tentang zone "kacau-bilau". Jadi, kita secara automatik akan cuba mengawal kemarahan kita pada orang sekeliling.
6. Zikir
Cuba banyakkan zikir dan mengingati Allah. InshaAllah hati menjadi tenang.
Kesimpulannya, banyak cara lagi yang dapat mengawal emosi kita. Ia semua bergantung pada individu tersebut. Tapi yang pasti, kawallah emosi dwngan anak-anak. Sebab mereka tidak faham apa-apa pun.
.
.
>> Cuba share cara korang. Kadang bonda juga susaj nak kawal bila period melanda :)
By Bonda, Bondakids
No comments:
Post a Comment