Tips Memilih Tadika Untuk Anak-Anak - Bonda

Thursday, 26 October 2017

Tips Memilih Tadika Untuk Anak-Anak

Pada penghujung tahun, ramai ibu bapa yang akan mencari tadika yang sesuai untuk anak-anak mereka. Hal ini adalah bagi persedian anak-anak bagi awal persekolahan tahun hadapan. 
Tidak kurang juga pengusaha-pengusaha tadika, prasekolah, taska, pusat jagaan dan seangkatan dengannya giat mempromosikan premis masing-masing bagi menarik minat para ibu bapa bagi mendaftarkan anak-anak mereka di premis mereka. Banyak pra sekolah yang menawarkan keistimewaan masing-masing bagi menarik minat ibu bapa khasnya. 
Rentetan ini, ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk mencari pra sekolah yang sesuai bagi anak-anak. Di sini, bonda cuba klasifikasikan tips-tips yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa dan penjaga dalam memilih pra sekolah yang sesuai untuk anak-anak. 
Tips Memilih Tadika Untuk Anak-Anak
1. Kurikulum atau silibus yang digunakan
Terdapat pelbagai modul yang digunapakai oleh prasekolah di Malaysia pada kini. Ia bergantung kepada premis dan institusi masing-masing. Prasekolah kerajaan khususnya KEMAS, TABIKA, dan PERMATA akan menggunakan kurikulum yang telah disediakan oleh kerajaan iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). 
Manakala, tadika-tadika di bawah institusi dan swasta kebiasaannya mempunyai modul mereka yang tersendiri seperti Little Caliph, Brainy Bunch, Montessori, dan lain-lain. 
Ibu bapa haruslah bijak dalam memilih kurikulum yang sesuai untuk anak-anak mereka. Ia adalah sebenarnya berfokuskan "Apa yang nak anak aku jadi nanti besar nanti". Ia bermaksud apa tujuan ibu bapa hantar anak-anak ke sekolah? Adakah untuk menjadi anak soleh? Anak yang pandai cakap Inggeris? Atau biarkan anak-anak bentuk keperinadian mereka sendiri? 
Persoalan-persoalan inilah haris ditanya dalam diri mak ayah masing-masing. Justeru, prasekolah yang bersifat islamik, inggeris dan islamik, atau learning based, atau lain-lain lagi. Sebelum memilih, fikir masak-masak. Hal ini kerana, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. 
2. Pendekatan yang digunakan
Pelbagai pendekatan yang digunakan pakai oleh prasekolah pada masa kini. Tapi rata-rata prasekolah menggunakan pendekatan main. Sebagai mana yang kita tahu, kanak-kanak memang suka bermain. Memang fitrah anak-anak suka main. Jadi, biarkan mereka meneroka pembelajaran secara bermain. 
3. Lokasi
Lokasi tadika atau prasekolah perlulah dekat dengan tempat anda kerja atau tempat yang anda hantar dan ambil anak-anak. 
4. Yuran
Keadaan ekonomi sekarang memerlukan anda memilih tadika yang sesuai dengan bajet dan kewangan anda. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh setiap prasekolah. Harga bergantung kepada pakej tersebut. Jadi, ibu bapa perlu bijak membandingkan harga serta memasti semua faktor-faktor lain. 
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah mengambil kira mengenai anak iaitu meletakkan keutamaan anak-anak dahulu sebelum memikirkan apa-apa kepentingan lain. Jadilah ibu bapa yang bijak membentuk acuan anak-anak. InshaAllah
Love,
Bonda, Bondakids

No comments:

Post a Comment