#1 - Bila mak ayah mengadu penat, si anak akan rasa bersalah dan cuba menjauhi mak ayahnya padahal benda ni sangat bahaya pada perkembangan emosi si anak tu.
#2 – Emosi anak akan jadi tak stabil sebab si anak akan rasa dirinya cuma beban pada mak ayah dia. Minda separa sedar ( subconscious mind ) si anak akan cuba meringankan beban mak ayah walaupun benda tu boleh bagi mudharat pada dirinya sendiri. Contohnya si anak tu tanpa sedar akan lebih bergantung pada kawan-kawan di luar rumah berbanding mak ayahnya sendiri walaupun pada umur yang masih sangat muda.
#3 – Anak kita boleh rasa energi keikhlasan kita sebenarnya. Mengeluh penat di depan anak hanya menghilangkan rasa percaya anak pada keikhlasan kita. Mereka akan rasa yang kita ni jaga mereka dalam keadaan terpaksa.
#4 – Lebih dasyat lagi kalau dah timbul perasaan ragu dalam hati anak tentang kasih sayang kita sebagai mak ayah. Anak akan tertanya tanya kenapa dia dilahirkan ke dalam keluarga itu dan kenapa dia dilahirkan sebagai beban, bukan sebagai anak yang memberikan cahaya kebahagiaan.
#5 – Anak kita belum mampu menyerap tekanan emosi kita. Bila kita mengeluh penat kepada anak-anak, kita sebenarnya sedang memindahkan beban emosi tu pada anak kita sendiri! Jangan terkejut kalau anak kita pun mula jadi murung, kurang minat bermain dan lebih suka menyendiri kalau kita selalu mengeluh penat pada anak kita sebab tu la akibatnya bila anak-anak kita yang tak bersalah tu terpaksa menyerap beban emosi yang amat berat tu.
Apa nak buat?
Orang yang bertanggungjawab untuk dengar luahan hati kita adalah pasangan kita sendiri! Tolong la educate pasangan kita untuk jadi pendengar yang setia. Antara terapi terbaik jiwa adalah bila masalah kita DIDENGARIpasangan kita sendiri sebab tu la kalau pasangan kita nak bebel, dengarlah sekejap kerana itu tandanya si dia sedang membuat terapi hati!
InsyaAllah pasangan yang pandai mendengar ni akan membuatkan diri kita lebih tenang dan ceria.
Call je nombor ni kalau stress terlampau
p/s : Cuma kalau memang ada yang mengalami beban emosi dan tak tak tahu nak luah kat siapa boleh hubungi Befrienders Malaysia. Call je nombor 03-7956 8144. Jangan risau, mereka tak minta pun maklumat peribadi. Luahkan lah dengan sepenuh hati tanpa bimbang dikenali. Sebarkan info ni pada mak ayah yang belum tahu tentang info ni ye _ Dr Razif
No comments:
Post a Comment