Aktiviti Dengan Kanak-Kanak : Eksperiment Berus Gigi - Bonda

Saturday, 11 November 2017

Aktiviti Dengan Kanak-Kanak : Eksperiment Berus Gigi



Ibu bapa menghadapi masalah apabila ingin menyuruh anak-anak memberus gigi. Ramai anak yang tidak mahu memberus disebabkan rasa pedas ubat gigi serta ketidakbiasaan mereka dalam memberus. Tabiat ini akan mempengaruhi mereka apabila kesedaran memberus gigi tidak diterapkan dalam diri mereka.

Selepas makan, makanan yang melekat di gigi akan membentuk plak. Jadi kita perlu memberus gigi untuk membentuk gigi yang cantik.  Plak ini akan membentuk kaviti yang mana akan merosakkan gigi kita.

Jadi, di sini bonda ingin kongsikan satu aktiviti yang mana menggunakan telur rebus (keras) yang mana menggantikan gigi. Eksperiment ini menunjukkan apa yang terjadi jika plak tidak digosok.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengenalkan dan menggalakkan anak-anak untuk memberus gigi adalah dengan melakukan eksperiment bersama mereka.

Eksperiment Memberus Gigi

Bahan-bahan yang diperlukan :


  •   Telur itik/ putih yang telah direbus (keras)
  • Gelas
  •  Air coke
  • Berus gigi
  • Ubat gigi

Cara-cara :


  •  Masukkan telur dalam gelas kosong
  •  Masukkan air coke ke dalam gelas. Pastikan telur tenggelam
  • Keesokan harinya, keluarkan telur daripada gelas tersebut dan tanya kanak-kanak apa yang terjadi pada telur. Iaitu rupa telur sebelum dan selepas eksperiment dilakukan.
  •  Sediakan kanak-kanak berus gigi dan ubat gigi.  Bagi mereka memberus telur tersebut. Huraikan kepada anak-anak jika gigi kita seperti telur. Bincang bersama anak-anak apa yang berlaku selepas itu.

Selamat Mencuba
Ikhas, Bonda



No comments:

Post a Comment