Apa itu Disleksia?
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku
dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai
tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Namun begitu,
mereka mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat rangsangan
dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asas dalam disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam
menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka juga mungkin mengalami
kesukaran
Ø Membaca
Ø Menulis
Ø Memahami
Ø Mengeja
Ø Mengira
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia dan kanak-kanak
lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
Ø Lambat bertutur
Ø Mengalami kesukaran sebutan atau rima
Ø Sukar menulis nama sendiri
Ø Payah mengenal bentuk atau warna
Ø Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Di alam persekolahan,
kanak-kanak Disleksia mungkin :
Ø Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
Ø Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
Ø Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik)
seperti 15 dengan 51, “was” menjadi “saw”, ‘b’ dengan ‘d’‘.
Ø Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
Ø Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
Ø Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
Ø Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah
Adakah individu Disleksia
mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga
mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi
Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein). Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan
mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi. Orang
yang mengalami disleksia juga bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialami
oleh disleksia ialah :
Ø Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
Ø Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
Ø Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan
Ø Gangguan emosi (seperti kemurungan)
Ø Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
Ø Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)
Membantu anak-anak bermasalah
Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
Ø Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina
keyakinan diri anak
Ø Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan
Kurang Daya Tumpuan
Ø Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
Mak ayah yang nak cari pendapatan tambahan jadi droship buku PTS boleh klik link https://bit.ly/33JnIIT
Terapi pertuturan
§ Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
- Pendekatan
pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
- Deria
sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
- Deria
pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
- Merasa
pergerakan bibir
- Menulis
huruf atau perkataan
Langkah-langkah pemulihan :
§ Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
§ Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
§ Gunakan video atau kaset untuk belajar
Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Kumpulan sokongan
Persatuan Dyslexia Malaysia
349 Jalan Ampang,
50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel :
03-42651632 Email : dyslexiamsia@gmail.com
sumber : MyHealth
No comments:
Post a Comment