Memberontak
atau juga dikenali sebagai tantrum adalah
perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak berusia 18 – 48 bulan.
Tantrums adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibu bapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk
kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh
menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan
kadang-kala, menahan nafas mereka.
Pada umur
lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan
mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain.
Mereka ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka.Pada masa yang sama, ibu
bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab
lain.
Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mereka mahu lakukan apa
yang mereka mahu. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan
kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit. Mereka belum mempunyai
kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Oleh
itu, Tantrums adalah peluang yang baik untuk
kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.
Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum bila mereka dapat apa yang mereka mahu.
Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.
Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang
mereka mahukan atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah
laku yang negatif.
Lihat Tantrum secara positif! Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak
mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang
yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang
diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.
Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?
Ketika anak anda sedang melakukan Tantrum, pastikan
perkara-perkara di bawah:
·
Pastikan anak anda selamat.
·
Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada
tingkahlaku tersebut.
·
Jangan hukum anak anda.
·
Jangan berikan ganjaran.
·
Jika boleh, asingkan anak anda.
·
Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi
tindak balas kepada Tantrum itu.
Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan
menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi
lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.
Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahukan sebagai satu cara untuk menghentikan Tantrum, Tantrum akan menjadi
lebih teruk lagi. Jika ibu bapa melakukan perkara ini, ibu bapa sebenarnya
mengajar anak-anak untuk menggunakan Tantrum untuk
memanipulasi keadaan, dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga
dewasa.
Abaikan Tantrum. Ini adalah cara yang
terbaik untuk mengendalikan Tantrum. Ibu bapa
patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan.
Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum. Dengan
mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak-anak gagal
mengawal emosi mereka.
Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak-anak berumur dua tahun
atau lebih. ‘Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia
digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar
dan akan memberi masa untuk dia bertenang. Ia juga mengajar kanak-kanak
bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh
diterima.
Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku
di rumah?
Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di
rumah, ibu bapa perlu tenang. Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk
dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu, dan datang semula hanya
jika anak tersebut kembali tenang. Jika anda bimbang untuk tinggalkan anak anda
berseorangan, anda boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan
sebarang tindak balas terhadapnya. Jangan pandang anak anda. Bila dia kembali
tenang, bercakap dan berbincang dengan anak anda mengenai kelakuannya.
Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku
di tempat awam?
Bawa anak anda keluar dari kawasan awam sekiranya boleh. Bawa dia ke
tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk
bayi. Anda boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa
memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak anda mengenai
kelakuannya.
Jika Tantrum berlaku di tempat yang
anda tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang,
pastikan anda tenang dan abaikan kelakuan anak anda. Sebaik sahaja anak anda
tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.
Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan
emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan,
dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.
sumber : myhealth


No comments:
Post a Comment