Curi nafas,
posisi badan dan cara teran yang betul membantu mudahkan proses bersalin. Bagi
ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar
dilakukan.
Ramai yang
mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat lagi tidak pandai untuk
meneran mengeluarkan bayi tanpa menggunakan sebarang alat bantu. Lebih-lebih
lagi setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, ibu boleh
jadi keliru!
Menurut Dr
Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Columbia Asia
Bukit Rimau, cara meneran yang betul
ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Elakkan meneran pada muka
kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat. Ini adalah kesilapan yang
sering kali terjadi terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai
pengalaman bersalin normal.
PERSEDIAAN DAN LATIHAN
Sebagai
persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah
mengikuti kelas antenatal sebagai persiapan untuk bersalin. Semasa kelas
dijalankan, anda akan diajar cara-cara senaman yang membantu ibu menjadi lebih
sihat dan ceria. Relaxation technique juga
turut diajar iaitu;
Penafasan melalui abdomen (deep breath/ abdominal breathing)
Anda
digalakkan untuk menarik nafas dalam daripada ruang abdomen semasa kontraksi
(bukan dari dada). Cara pernafasan ini jika dilakukan dengan betul boleh
membantu mengalih perhatian para ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi
dan menumpukan kepada teknik pernafasan yang betul.
Relaxation technique
Pergerakan - Anda perlu membuat banyak pergerakan semasa proses awal
kelahiran. Ini boleh membantu mengalih perhatian dan mengurangkan kesakitan
serta mempercepatkan proses bersalin secara tidak langsung.
Birthing
Ball - Menggunakan birthing ball atau
melakukan senaman ringan semasa awal proses kelahiran boleh membantu postur
badan dan pelvis semasa menahan kesakitan semasa bersalin.
Mandi air suam - Mandi air suam atau berendam dalam kolam (birthing pool) juga membantu mengalih
perhatian anda daripada kesakitan kontraksi.
TENAGA
Meneran memerlukan tenaga. Anda disarankan untuk
berehat sebelum proses bersalin untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan
di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya bertujuan untuk menennagkan fikiran
dan menumpukan tumpuan kepada perasaan sakit. Sesetengah pakar perbidanan juga
berpendapat berjalan semasa proses awal bersalin boleh membantu mempercepatkan
proses bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks
Anda
dibolehkan mengambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek
yang boleh diambil ialah seperti roti, minuman berkhasiat dan buah-buahan
seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat diambil dalam kuantiti yang
kecil sebagai mengalas perut dan membekalkan tenaga untuk meneran. Menurut Dr
Sharina, kenyataan mengenai ibu yang ingin bersalin tidak dibenarkan adalah
tidak benar sama sekali kecuali pada kes yang telah dijadualkan melahirkan
menerusi pembedahan
Sumber:
Majalahpama
No comments:
Post a Comment